saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/07/2006

Polis lemas di Selangor, mayat ditemui di Kedah


MOHD. JURIYA AWANG.


ALOR STAR 23 Julai – Mayat konstabel Polis Marin Pelabuhan Klang yang hilang di pesisir pantai Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor lebih tiga minggu lalu, ditemui di selatan perairan Pulau Payar, dekat sini malam tadi - kira-kira 370 kilometer dari tempat kejadian.

Mangsa, Konstabel Mohd. Juriya Awang, 27, yang berasal dari Kampung Batas Baru, Kuala Terengganu, Terengganu dijumpai terapung kira-kira pukul 8 malam tadi iaitu 7.5 batu nautika (kira-kira 14 kilometer) dari muara Kuala Kedah, di sini.

Pegawai pemerintah Polis Marin Kedah/Perlis, Supritenden Mohd. Khamsani Abd. Rahman berkata, mayat mangsa yang hanyut sejauh kira-kira 200 batu nautika dari tempat dia terjatuh dijumpai oleh sekumpulan nelayan yang sedang memukat ikan di perairan tersebut.

Ketika ditemui katanya, mangsa berpakaian separuh uniform dengan memakai kemeja-T berwarna kelabu berbelang hitam dan seluar hijau tetapi seluruh badannya telah mula mereput.

‘‘Kami mengenal pasti mayat tersebut sebagai Mohd. Juriya berdasarkan dokumen pengenalan diri yang dijumpai di dalam kocek seluarnya,” katanya kepada pemberita di rumah mayat Hospital Alor Star (HAS) di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.