saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/07/2006

Sumpahan Fasha novel pertama Fasha Sandha


FASHA Sandha bersama novel Sumpahan Fasha.


CANTIK, jelita dan menawan adalah pakej terbaik yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada pelakon muda ini. Memulakan perjalanan seni sebagai model sambilan dan pelakon tambahan, hari ini nama Fasha Sandha sudah mula meniti di bibir peminat-peminat.

Tidak berpuas hati dengan pencapaian itu sahaja, Fasha kini mahu meneroka satu lagi bidang yang berbeza daripada apa yang dilakukannya.

Berdebar menantikan novel cetusan idea pertamanya bakal berada di pasaran pada penghujung bulan ini, Fasha optimis novel berjudul Sumpahan Fasha dapat diterima khalayak.

“Idea novel ini datang semasa saya sedang menjalani penggambaran filem Cicakman. Saya sekadar memberi usul kepada abang Norman dan tak sangka pula dia menerima idea saya itu,” katanya ketika ditemui di pejabat KRU di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Kata Fasha, minatnya membaca novel serta sikapnya yang suka berkhayal banyak membantu penghasilan Sumpahan Fasha.

“Setiap malam saya suka berkhayal. Macam-macam yang bermain di minda saya. Jadi dari situ segalanya saya curahkan dalam novel tersebut yang diolah dan disusun oleh Meor Shariman yang juga penulis skrip Cicakman.

“Saya tak belajar menulis tapi saya gemar mencuba. Dan alhamdulillah abang Meor ada untuk membantu,” kata gadis manis yang berusia 22 tahun ini.

Sumpahan Fasha merupakan sebuah novel berkonsepkan thriller tetapi masih ada elemen cinta di dalamnya. Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang mempunyai kuasa untuk berhubung dengan roh. Kuasa tersebut diperolehi setelah kematian tunangnya.

Mengikut perancangan bersama penerbit buku tersebut iaitu KRU Publications, novel Sumpahan Fasha berharga RM14.90 akan diterbitkan empat siri dan boleh didapati di semua kedai buku di seluruh Malaysia.

Malah kata Fasha, jika sambutan yang diterima menggalakkan KRU tidak teragak-agak mengadaptasikan siri novel itu kepada drama mahupun filem.

Tambah Fasha, bukannya senang seorang artis mahu menghasilkan sebuah novel. Kesudian KRU untuk menerbitkan dan merealisasikan impiannya merupakan satu penghormatan.

“Saya gembira dan tak menyangka mereka menerima idea saya. Bukannya mudah orang nak terima idea dan memberi kepercayaan kepada kita,” ujarnya yang telah membintangi lebih 15 iklan komersial antaranya Maxis, Pantene, Petronas, KFC dan Darlie.

Ramai sudah mengetahui gadis jelita ini berkawan dengan seseorang sebelum ini. Khabar terbaru yang diketahui hubungan tersebut telah pun berakhir.

Kata Fasha mengenai cinta, “Sekarang bukan waktu yang sesuai untuk bercinta semula. Fokus saya hanya pada kerjaya, peminat dan keluarga. Sukar untuk saya membahagikan masa antara cinta dan kerja. Lagi pun saya malas nak fikir mengenai benda yang remeh temeh ini.”

Fasha juga menegaskan dirinya gembira dengan kehidupan yang dilaluinya kini. Sambil menyatakan apabila sampai waktu barulah dia memikirkan tentang jodoh.

Sementara itu, Ogos depan Fasha bakal menjalani penggambaran filem arahan Osman Ali iaitu Anak Halal.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.