saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 26/07/2006

Hentikan perbincangan isu agama – Abdullah

KUALA LUMPUR 25 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak termasuk media menghentikan segala perbincangan mengenai agama kerana ia sangat sensitif.

Perdana Menteri berkata, kerajaan kini memerhatikan kegiatan tersebut dengan serius kerana berpendapat ia boleh memberi kesan buruk kepada negara jika diteruskan tanpa sekatan.

‘‘Hentilah (perbincangan agama), jangan buat apa-apa. Isu agama cukup sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu perkauman. Jika ia tidak dibendung, dikawal secara berhati-hati, akan lahir situasi tentangan di kalangan rakyat.

‘‘Jika perbincangan (agama) yang berjalan itu tidak dibendung, tidak dikawal dengan perasaan berhati-hati, maka apa yang berlaku ialah ketegangan antara rakyat yang menganuti agama berlainan,’’ katanya.

Beliau pada masa yang sama turut meminta media menjalankan tugasnya dengan tidak membesar-besarkan perbincangan mengenai agama.

‘‘Seperti yang saya bincang tadi, akhbar perlu melaksanakan tanggungjawabnya supaya tidak membesar-besarkan isu ini. Tidak menyiarkan berita yang akan menimbulkan rasa tidak senang hati atau ketegangan atau boleh juga menimbulkan kemarahan rakyat,’’ katanya.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn di sini hari ini, beliau berkata, semua pihak perlu berhati-hati dalam membincangkan isu agama.

‘‘Seluruh rakyat Malaysia juga perlu berhati-hati dalam membincangkan isu agama,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Kumpulan Artikel 11 yang mengandungi 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Peguam yang sedang menjalankan kempen seluruh negara bagi mendapat sokongan untuk meminda Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan.

Kandungan Perkara 121(A) tersebut merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

Pertemuan pertama kumpulan 13 NGO tersebut berlangsung di Johor Bahru, Johor pada 22 Julai lepas.

Perdana Menteri berkata, pihak yang mengadakan perbincangan agama adalah kumpulan yang mahukan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) diwujudkan.

‘‘Yang meneruskan perdebatan agama itu ialah kumpulan yang mahukan IFC. Saya katakan IFC sangat sensitif.

‘‘Mengenai IFC, saya sendiri minta tangguh, jika tangguh ia tak perlu diadakan perbincangan lagi.

‘‘Bila dilaksanakan, inilah jadinya. Dulu tiada masalah, sekarang dah jadi masalah,’’ kata Perdana Menteri.

Malah beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, IFC ditangguh hasil daripada keputusan Jemaah Menteri pada tahun lalu.

Dalam hal ini, Abdullah berkata, MT UMNO berpendapat dan bersepakat bahawa IFC tidak perlu diadakan langsung kerana ia sangat sensitif.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana isu agama tidak timbul pada masa dulu tetapi kini ia menjadi masalah yang boleh memberi kesan kepada kerajaan jika tidak ditangani dengan bijak.

‘‘UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (BN) pula amat bimbang tentang isu-isu agama yang kini dibincang dengan hangat oleh semua pihak sekarang ini,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.