saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/07/2006

Kat Mentor 2 tenggelamkan vokal Siti Nurhaliza


INILAH tiga protege Mentor 2 yang mendapat perhatian ramai. Dari kiri Eiya, Kat dan Nieyl.



MUSIM kedua program Mentor terbitan TV3 bermula ‘garang’ malam Ahad lalu. Rata-rata tiga protege yang membuat persembahan tampil dengan keunikan vokal masing-masing.

Tidak kedengaran vokal yang lemak merdu malah vokal garau yang gemersik dipertaruhkan mereka.

Protege yang mencetuskan kontroversi minggu lalu, Kat, paling menyerlah pada konsert mingguan pertama itu.

Seolah-olah ingin membuktikan sesuatu kepada penonton, Kat tampil dengan vokal rock lantang tetapi dalam imej yang feminin.

Seronoknya penonton dapat menyaksikan dua gaya persembahan yang berbeza apabila Kat kelihatan agresif manakala mentornya, Siti Nurhaliza kekal dengan sifat lemah lembut.

Persembahan mereka menjadi bertambah gamat ketika mereka berduet lagu Permata Biru apabila vokal rock Kat berjaya menenggelamkan vokal Siti Nurhaliza.

Sebelum itu, Kat dengan penuh penghayatan menyanyikan lagu Salam Untuk Kekasih secara solo.

Sementara itu, dua lagi protege, Nieyl dan Eiya yang yang bersaing dalam kumpulan A itu juga memberikan persembahan yang wajar dipuji.

Nieyl dan Eiya berusaha mengaplikasikan semua nasihat yang diterima daripada mentor masing-masing.

Mentor mereka, Nurul dan Yassin mampu tersenyum lega melihat protege mereka berupaya memberikan persembahan menarik.

Malah penonton yang hadir tidak berganjak walaupun terpaksa berdiri selama satu jam demi memberikan sokongan kepada tiga protege itu

Eiya yang merupakan protege Yassin telah mendendangkan lagu Dealova dan berduet dengan mentornya itu menerusi lagu Doa Buat Kekasih.

Sementara Neiyl pula memilih lagu Ku Bahagia dan Bisikan Cinta duet bersama Nurul.

Persembahan mereka dinilai oleh dua juri profesional, Adnan Abu Hassan dan Adibah Noor sambil ditemani oleh Juri Tetap, Zainal Abidin.

Untuk konsert mingguan itu, 50 peratus markah ditentukan oleh juri profesional dan selebihnya masih lagi berdasarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS).

Penonton diberi masa seminggu untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) atau mendail talian tetap selepas konsert mingguan tersebut.

Peratus keputusan undian akan diumumkan pada Ahad ini.

Pada masa yang sama, protege Zaf (V.E), Ayu (Hazami) dan Fiq (Amy Search) akan bersaing dalam kumpulan B malam itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.