saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/07/2006

Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006 temui mutiara baru seni suara


Tersenyum puas... Para pemenang Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006 bersama-sama replika cek masing-masing selepas majlis penyampaian hadiah di Angkasapuri baru-baru ini.



Lagu Melayu asli mempunyai keindahan tersendiri dari aspek melodi dan liriknya. Keindahan tersebut membuatkan ia berbeza daripada genre muzik sedia ada. Sepatutnya ia terus dipupuk agar tidak hilang ditelan zaman.

Apabila Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Penerangan dan Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KeKKwa) mewujudkan semula pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006 baru-baru ini, langkah itu mendapat perhatian dan pujian. Pertandingan seperti itu pernah diadakan sebelum ini tetapi telah dihentikan pada tahun 2001.

Pertandingan itu kembali dimulakan pada pertengahan Julai lalu. Pada peringkat saringan, seramai 850 remaja menyertainya. Daripada jumlah itu, 13 peserta telah berjaya ke peringkat akhir pertandingan itu Jumaat lalu yang telah diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Ia disiarkan secara langsung melalui RTM1.

Seramai 13 peserta telah mewakili negeri masing-masing memperlihatkan kehebatan mendendangkan lagu-lagu warisan Melayu dalam pertandingan itu.

Menghayati

Agak sukar untuk kita mempercayai masih ada remaja-remaja tempatan yang tahu menghargai warisan seni dan budaya kita.

Jika remaja lain sibuk dengan genre muzik hip hop, jazz, R & B dan sebagainya, sekalung tahniah diucapkan kepada Muhaizam Ahmad, Mohd. Edie Nazrin, Norhasmidar Ahmad, Roszaini Razali, Siti Aishah, Hairul Asraf, Siti Halijah Dolah, Muhaimi Azzahan, Mohd. Noorkhalis Shafique, Norhasima Kadir, Anis Salwa Alauddin, Fadzril Nidzam dan Siti Nurliyana A’isyah kerana tidak segan untuk menyokong dan meminati genre muzik asli.

Mendendangkan dua buah lagu iaitu sebuah lagu wajib dan sebuah lagu pilihan sendiri, tujuh peserta lelaki dan enam peserta wanita itu mempertaruhkan vokal nyanyian mereka yang dilihat begitu matang untuk penyanyi yang masih berusia remaja.

Mohd. Edie Nazrin Hamzah dan Nor Hasmidar Ahmad telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori lelaki dan wanita pertandingan tersebut.

Siapa sangka Edie, anak kelahiran Terengganu yang baru berusia 15 tahun berjaya melontarkan vokalnya dengan begitu baik. Menyanyikan lagu Mas Merah dan Gambus Jodoh, ternyata lagu tersebut membawa tuah kepada dirinya.

Edie mengingatkan kita kepada kehebatan Datuk Ahmad Jais ketika zaman mudanya.

Mengenakan songket berwarna biru, Edie begitu yakin dengan gaya dan persembahannya.

Norhasmidar pula memilih lagu Sembawa Balik dan Joget 106. Kedua-dua lagu tersebut telah membawa tuah kepada gadis berusia 20 tahun itu yang berjaya mengalahkan lima peserta wanita lain.

Pertandingan akhir Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006 diadili oleh juri profesional Datuk Yusni Hamid, Pak Ngah, Datin Orked Abdullah, Jimmy Ali dan Mariam Ahmad. Ramlan Ahmad Imam bertindak selaku ketua juri.

Sementara itu, Roszaini Razalli dan Siti Halijah Dolah @ Ali muncul sebagai naib juara.

Roszaini membawakan lagu Seri Banang, Ya Ladan manakala Siti Halijah menyanyikan lagu Laksamana Mati Dibunuh dan Kain Songket.

Tempat ketiga pula disandang oleh Muhaimi Azzahan dan Anis Salwa Alauddin menerusi lagu Makan Sireh, Hitam Manis, Nasib Panjang dan Kamaruzaman.

Pemenang tempat pertama pertandingan itu menerima wang tunai RM10,00, trofi, pakej kursus vokal di Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Kuala Lumpur. Naib juara menerima RM8,000, trofi dan pakej kursus vokal di Aswara. Pemenang tempat ketiga menerima wang tunai RM6,000, trofi dan pakej kursus vokal di Aswara.

Satu aspek menarik tentang pertandingan tersebut ialah ia bukan seperti pertandingan realiti televisyen. Bintang Asli Remaja mempunyai keistimewaan dan peminat sendiri yang mahu mengekalkan satu warisan bangsa kita yang penting.

Peserta-peserta yang bertanding juga dilihat bukan berniat untuk mencari glamor tetapi mahu memastikan warisan Melayu tidak luput ditelan zaman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.