saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/08/2006

Kerajaan ambil tindakan laman web ancam perpaduan

KUALA LUMPUR 31 Julai – Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap laman web dan blog yang didapati boleh mengancam perkembangan ekonomi, perpaduan, kesejahteraan dan keselamatan negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, tindakan akan diambil menerusi agensi dan peraturan yang sedia ada.

‘‘Kerajaan perlu mengawasi dan menjaga ruang lingkup siber kita daripada diceroboh dan dirosakkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

‘‘Kerajaan sentiasa memantau dan mengawal perkembangan laman-laman web dan blog menerusi Pusat Keselamatan Siber Nasional.

“Buat masa ini, perkhidmatan bank, air dan keselamatan umpamanya terikat dengan teknologi maklumat (IT) global,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek bernilai RM400,000 oleh 15 penaja Anugerah ICT Koridor Raya Multimedia - Asia Pasifik 2006 (MSC-APICTA) di sini hari ini.

Jamaluddin menarik perhatian bahawa tindakan serupa pernah dilakukan di India apabila beberapa laman web dan blog yang didapati mengancam keselamatan ditutup oleh kerajaan negara itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.