saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 04/08/2006

Tren laju ke Singapura boleh jejas KLIA

SAYA bersetuju projek kereta api laju diadakan antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru, tapi bukannya ke Singapura. Untuk ke Singapura gunakan landasan yang sedia ada.

Malah lebih baik selanjutnya diteruskan fasa kedua kereta api laju antara Perlis-KL.

Saya khuatir jika projek kereta api laju KL-Singapura diluluskan, perjalanan yang memakan masa 90 minit sahaja akan mengancam ekonomi negara.

Yang jelas ia pasti menjejaskan masa depan lapangan terbang KLIA. Mungkin lapangan terbang Changi, di Singapura akan menjadi pilihan kerana perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura hanya 90 minit.

Saya bimbang KLIA akan menjadi gajah putih kelak.

Persoalan kedua, apa perlu projek ini dibuat ke Singapura? Jika kerajaan Singapura bersetuju, adakah projek ini mempunyai maksud tersirat kerana Singapura yang lebih mendapat manfaat.

Umum mengetahui jika sesuatu projek tidak membawa lebih manfaat, kerajaan Singapura pasti tidak akan menyetujuinya.

Lihat sahaja kes pembinaan jambatan bengkok. Jika jambatan ini dibina, kemungkinan besar pelabuhan Singapura akan terancam kerana kerana kapal-kapal boleh melalui jambatan ini.

Saya berharap kerajaan membuat pertimbangan yang teliti kerana jika kita melakukan kesilapan dalam membuat keputusan pada hari ini, bermakna generasi akan datang akan menanggungnya.

Cadangan yang lebih baik dikaji ialah hidupkan semula projek landasan berkembar elektrik yang dibatalkan sebelum ini.

ALNORULHADI,

Kuala Lumpur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.