saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/08/2006

Khairy jawab lapan tuduhan


Khairy Jamaluddin.



KUALA LUMPUR 5 Ogos – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menjawab beberapa tuduhan dan tohmahan yang menjadi desas-desus banyak pihak seluruh negara selama ini.

Antara jawapan-jawapan beliau adalah:

* Dakwaan beliau sering menelefon menteri-menteri besar untuk memberi arahan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran.

‘‘Tanyalah menteri besar mana yang saya bagi arahan sebegitu, saya tidak pernah menelefon dan memberi arahan buat itu dan buat ini kepada mereka.

‘‘Siapalah saya yang hanya Naib Ketua Pemuda untuk menghubungi mereka, saya hormati institusi kepimpinan parti, saya menghormati Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, tak masuk akal langsung kalau saya hendak buat begitu.’’

* Dakwaan beliau menjadi jutawan dalam masa yang singkat mampu membeli saham ECM-Libra Berhad.

‘‘Saya pinjam duit itu. Segalanya pinjaman, bukan duit saya sendiri. Mujur ada orang nak pinjamkan duit. Saya ambil pinjaman daripada mereka (ECM Libra) yang jual saham itu kepada saya.’’

* Isu penggabungan ECM-Libra dengan Avenue Asset yang dianggap menyalahi peraturan.

‘‘Perkara tersebut akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC). Saya meminta semua pihak supaya menunggu dahulu hasil perbincangan tersebut.

* Penjualan MV Augusta dengan harga satu euro.

‘‘Proton beli Augusta tapi kita dikehendaki pula tanggung hutangnya yang banyak itu bila kita jual satu euro orang kata kita bodoh tapi Proton kena tanggung RM1 bilion hutang Augusta. Proton rugi secara purata RM90 juta tiap-tiap tahun

‘‘Kita perlu ingat, dulu pun ada rancangan nak jual KTM (Keretapi Tanah Melayu Berhad) dengan harga seringgit.’’

* Penjualan Pantai Holdings kepada syarikat Singapura.

‘‘Kalau hendak dicari hingga ke lubang cacing, carilah orang yang menjual Pusat Perubatan Pantai itu kepada orang bukan Melayu seperti mana yang berlaku... jangan main tuduh saya sahaja.’’

* Dakwaan kononnya terdapat pegawai yang bekerja di tingkat empat Pejabat Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mempengaruhi keputusan kerajaan.

‘‘Untuk menyatakan penasihat dan pegawai yang tentukan masa depan negara dan keputusan kerajaan, ini adalah satu ‘insult’ (penghinaan) yang cukup besar kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).

‘‘Yang saya dengar PM bagi penjelasan sudah tentunya tingkat empat lebih berkuasa daripada tingkat lima sebab bilik jemaah menteri berada di tingkat empat dan bilik jemaah menteri lagi berkuasa daripada Pejabat Perdana Menteri kerana semua menteri ada dalam jemaah menteri. Jika itu dimaksudkan, mungkin betul.’’

* Tanggapan sesetengah pihak kononnya beliau akan membawa masuk semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

‘‘Anwar sudah tidak ada tempat lagi dalam UMNO.’’

* Kempen menentang Israel baru-baru ini, beliau dikatakan mengetepikan Pengerusi Aman Malaysia yang juga Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir.

‘‘Ini isu sejagat, dipikul oleh semua ahli dan kepimpinan Pemuda UMNO, soal mana-mana pihak atau biro berasa tersisih atau terpinggir tidak timbul sama sekali.’’

Khairy memberi jawapan itu semasa berucap di hadapan para perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju di Taman Ibu Kota dan Cheras di sini. Ada antara jawapan tersebut adalah berdasarkan kepada soalan pemberita selepas majlis itu.

Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita, Khairy berkata, beliau sedia melepaskan jawatannya jika pergerakan itu menganggapnya menjadi beban kepada parti.

Beliau menyerahkan nasib dan masa depannya dalam Pemuda UMNO kepada ahli-ahli pergerakan itu serta akan akur dengan segala keputusan yang dibuat.

Katanya, beliau berpegang kepada prinsip, mana-mana pemimpin dalam satu-satu organisasi perlu berundur sekiranya kehadiran mereka dilihat mendatangkan beban atau masalah.

Menurutnya, beliau bukan berniat untuk berperang dengan sesiapa berhubung jawapannya itu, tetapi tidak lagi boleh berdiam diri kerana ia boleh melemahkan Pergerakan Pemuda UMNO kerana serangan-serangan itu sudah berunsur peribadi.

‘‘Parti lebih penting daripada individu, jadi kalau perwakilan melihat saya menjadi liabiliti (beban) kepada pergerakan ini, maka saya perlu berundur diri,’’ katanya.

Pada sidang akhbar itu, Khairy berkata, beliau tidak menolak punca banyak fitnah dilempar ke atasnya kerana ada pihak melihatnya sasaran mudah ekoran kedudukannya sebagai menantu Perdana Menteri.

Bagaimanapun, tegasnya, beliau tidak akan berdiam diri lagi terhadap pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pelbagai pihak ke atasnya.

Menurutnya, beliau akan menggunakan peluang merasmikan lebih dari 30 persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian sebagai platform untuk menjawab dan menjelaskan segala tuduhan tersebut.

Semalam, semasa berucap pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, menantu Perdana Menteri itu menafikan dakwaan berkahwin dengan pelakon dan penyanyi, Maya Karin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.