saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/08/2006

Festival Filem Malaysia ke-19 diungguli pencalonan GBSB

SEMEMANGNYA banyak tarikan pada Festival Filem Malaysia Ke-19 2006 Kuala Lumpur (FFM19) yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini.

Semua karyawan filem tempatan harus meraikan malam gemilang itu sebagai lambang perjuangan tanpa jemu dalam memartabatkan industri filem kita.

Pertambahan filem pendek, animasi dan dokumentari yang dicalonkan menjadikan FFM19 mencatat sejarah baru dalam sejarah penganjuran festival itu.

Selain filem cereka sebanyak 23 judul, sebanyak 23 dokumentari, 17 filem animasi dan 40 filem pendek juga dinilai dalam festival penghargaan yang paling berprestij itu.

Peningkatan yang cukup positif itu memperlihatkan masa depan cerah kepada industri perfileman tanah air.

Dalam kategori filem cereka pula, pasti ramai yang sukar meramalkan filem apakah yang akan menguasai anugerah-anugerah penting termasuk Anugerah Filem Terbaik.

Jika pada festival lalu hanya dua filem yang mendominasi anugerah iaitu Sepet dan Puteri Gunung Ledang, keadaan sebaliknya berlaku kali ini.

Filem seperti Baik Punya Cilok, Castello, Gubra, Remp-It dan Pontianak Harum Sundal Malam 2 jelas memiliki kekuatan tersendiri untuk memecahkan dominasi antara satu sama lain.

Kemungkinan filem terbaik menjadi milik filem komedi tidak boleh diabaikan kerana daripada 23 judul, monopoli genre itu agak ketara kali ini.

Sementara itu, syarikat perfileman aktif tanah air, Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) mengungguli jumlah penyertaan filem cereka dan dikatakan berpeluang cerah membawa pulang lebih banyak anugerah berbanding syarikat-syarikat lain.

Daripada keseluruhan 23 filem cereka yang dipertandingkan dalam FFM19, GBSB mempunyai lima senarai filem iaitu Salon, Rock, Buli Balik, Gong dan Senario Pemburu Emas Yamashita.

Tayangan Unggul Sdn. Bhd. dan Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. pula merupakan syarikat filem kedua terbanyak menghantar penyertaan dalam FFM19 iaitu masing-masing tiga.

Tayangan Unggul mempertaruhkan filem KL menjerit 1, Baik Punya Cilok dan Man Laksa manakala Metrowealth Movies meletakkan harapan tinggi pada Main-Main Cinta, Anak Mami Kembali dan Remp-It.

Namun penyertaan yang terbanyak bukanlah kayu ukur kepada pencapaian sesebuah filem yang berkualiti. Barangkali dengan hanya menghantar satu penyertaan, filem tersebut bakal menjadi jaguh pada festival malam Ahad ini.

Jangan pula terlepas pandang pada filem berbahasa Tamil (Ethirkaalam) dan Cina (The 3rd. Generation) yang pertama kali bertanding.

Segala-galanya boleh berlaku dan mencetuskan kontroversi yang tidak pernah terpisah dalam sejarah Festival Filem Malaysia.

MENARIK TENTANG FFM19

* FFM19 kembali dianjurkan oleh pengamal industri (persatuan perfileman) setelah sejak FFM16 2003 dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

* Format penjurian diubah kepada dua peringkat iaitu juri peringkat pertama membawa 60 peratus penilaian markah dan juri akhir 40 peratus.

* Juri peringkat pertama melibatkan 10 editor hiburan, 10 wakil persatuan perfileman, 10 wakil institut pengajian tinggi awam/swasta dan lima juri profesional.

* Penglibatan aktif editor hiburan media perdana sebagai juri awam.

* Buat pertama kali, filem tempatan berbahasa Tamil (Ertikalaam) dan Cina (The 3rd Generation) menyertai FFM.

* Undian khidmat pesanan ringkas (SMS) diperkenalkan untuk pemilihan Filem Popular, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular dan Lagu Tema Popular.

* Empat filem yang telah diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF) tetapi belum ditayangkan di pawagam turut bertanding iaitu Gong, Remp-It, Diva Popular dan Bilut.

* Pengarah filem terkenal, Bade menerima pencalonan paling banyak iaitu pengarah Filem Terbaik (KL Menjerit 1, Bilut dan Castello), Lakon Layar Terbaik (Castello dan Bilut), Cerita Asal Terbaik (Castello dan KL Menjerit 1) dan Penyunting Terbaik (Bilut dan Castello).

* Mempertandingkan 25 buah filem cereka, 34 filem pendek, 16 filem dokumentari dan 20 filem animasi.

* Terdapat 31 trofi bagi 31 Anugerah yang merangkumi 12 Anugerah Perdana, 10 Anugerah Cipta, 5 Anugerah Khas Juri dan 4 Anugerah Pilihan Penonton menerusi SMS.

* Anugerah akan disampaikan pada malam kemuncak FFM19 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 13 Ogos ini dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan radio Sinar Fm.

* Senarai lima finalis setiap kategori hanya akan diketahui pada 9 Ogos ini pukul 5 petang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.