saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 09/08/2006

Cadangan kereta api laju ke Singapura pernah ditolak – Dr. M

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Kumpulan YTL pernah mengemukakan cadangan membina perkhidmatan kereta api laju ke Singapura semasa pentadbirannya dahulu, tetapi ditolak atas sebab tidak sesuai.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan projek tersebut mungkin sesuai pada masa ini dan langkah kerajaan menjalankan kajian impak ke atas projek itu merupakan satu tindakan yang betul.

Menurutnya, ketidaksesuaian pelaksanaan projek berkenaan sebelum ini berikutan masalah-masalah yang sukar untuk dijelaskan.

‘‘Kita tidak boleh ada dua perkhidmatan kereta api. Memanglah di Jepun mereka memiliki banyak perkhidmatan kereta api tetapi mereka ada 130 juta penduduk yang kaya.

‘‘Mungkin (sekarang) mereka (Kumpulan YTL) sudah ada idea bagaimana hendak menarik lebih banyak penumpang dan apa yang akan dilakukan ke atas kereta api lama,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Globalisasi dan Cabaran-Cabarannya bagi Negara-Negara Maju dan Membangun’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Majlis itu dianjurkan oleh Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman (Mgcc).

Pada 21 Julai lalu, Pengarah Urusan Kumpulan YTL, Tan Sri Francis Yeoh mengumumkan akan mengemukakan cadangan mengenai aspek kewangan dan kejuruteraan projek berharga RM8 bilion itu kepada kerajaan secepat mungkin.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif pelbagai lapisan yang mahu ia dibina setakat Johor sahaja, kerana antara lain bimbang ia mengancam ekonomi negara dan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) serta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Mencadangkan

Pada masa itu juga, kata Dr. Mahathir, beliau telah mencadangkan penjualan KTMB pada harga RM1 namun ia tidak menerima sebarang tawaran.

‘‘Saya tidak faham mengapa terjadi begitu,’’ ujarnya.

Apa yang pasti, kata beliau, tanah perlu diperoleh untuk pembangunan projek itu.

Ditanya adakah beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang menjawab kritikan dan tuduhan beliau, Dr. Mahathir berkata: ‘‘Soalan seterusnya.’’

Dalam pada itu beliau menafikan bahawa ‘pertelingkahan’ antaranya dengan Abdullah merupakan perebutan kuasa tetapi menyatakan ia hanya luahan pendapatnya sahaja.

‘‘Saya bukan bergaduh dengannya,” ujar beliau.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.