saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 13/08/2006

Perkara-perkara utama dalam resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB

* RESOLUSI menuntut pertempuran dihentikan sepenuhnya – Hizbullah dikehendaki menghentikan semua serangan dan Israel akan menamatkan operasi ketenteraan yang bermotif serangan (ofensif).

* Sebaik sahaja pertempuran berakhir, pasukan PBB di selatan Lebanon, Unifil akan diperbesarkan daripada 2,000 kepada 15,000 askar bagi membantu menyelaraskan penghantaran 15,000 askar Lebanon ke selatan Lebanon dan pengunduran askar Israel dari kawasan itu. Tentera kedua-dua negara akan bergerak ‘secara serentak’.

Unifil boleh mengambil segala tindakan perlu di kawasan operasinya untuk memastikan kawasan tersebut tidak digunakan untuk menjalankan sebarang bentuk aktiviti permusuhan.

* Resolusi memperuntukkan beberapa langkah ke arah mewujudkan gencatan senjata dan penyelesaian politik berkekalan. Antaranya ialah pelucutan senjata semua kumpulan bersenjata di Lebanon dan kedua- dua pihak menghormati Garisan Biru, iaitu sempadan yang ditetapkan oleh PBB di antara Israel dan Lebanon.

* Semua negara dikehendaki menyekat penghantaran senjata atau peralatan tentera kepada ‘mana-mana entiti atau individu’ di Lebanon kecuali tentera Lebanon dan askar PBB.

* Mukadimah resolusi menuntut pembebasan tanpa syarat dua askar Israel yang ditawan oleh Hizbullah dan menggalakkan penyelesaian isu rakyat Lebanon yang ditahan di Israel.

* Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan akan menyediakan cadangan dalam 30 hari berhubung pelucutan senjata militia dan penetapan sempadan, termasuk kawasan Ladang Shebaa di sempadan Israel-Syria-Lebanon.

* Masyarakat antarabangsa diminta bertindak segera untuk menghulurkan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada rakyat Lebanon, termasuk dana bagi membantu puluhan ribu pelarian kembali ke kampung halaman.

Menghendaki semua pihak bertanggungjawab memastikan tiada tindakan diambil untuk membahayakan usaha kemanusiaan termasuk laluan konvoi penghantaran makanan dan bekalan perubatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.