saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/08/2006

Kelab Mat Rempit dirancang

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO bercadang menubuhkan sebuah persatuan atau Kelab Mat Rempit di bawah naungan Putera UMNO khusus bagi mendekati dan menarik golongan tersebut pelumba haram menjadi warga terbilang.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, golongan itu tidak seharusnya dipinggirkan dan mereka perlu diberi peluang memperbaiki diri.

‘‘Saya percaya, hanya segelintir dari mereka yang terlibat dalam pelanggaran undang-undang.

‘‘Penubuhan kelab atau persatuan tersebut diharap mampu menjadikan mereka generasi yang cemerlang serta bertanggungjawab,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Kembara Kemanusiaan Motor Putera anjuran Biro Putera UMNO Malaysia, di sini, malam ini.

Program tersebut melibatkan penyertaan lebih 1,500 mat rempit sekitar ibu negara bergerak secara konvoi bermula pukul 10.30 malam dari Dataran Merdeka melalui Jalan Raja Laut, Jalan Chow Kit, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang dan berakhir semula di dataran tersebut.

Khairy menambah, program itu akan diteruskan dari masa ke semasa dan akan dijalankan di seluruh negara.

‘‘Hasrat ini mendapat persetujuan Ketua Pemuda UMNO (Datuk Seri Hishammddin Tun Hussein) dan Presiden UMNO (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).

‘‘Mereka bersetuju bahawa golongan mat rempit tidak seharusnya diabaikan,’’ katanya.

Seorang peserta program itu, Faizrul Nurul Muhammad, 18, berkata, ia dapat membantu mereka mempertingkatkan jadi diri.

‘‘Malam ini menunjukkan sokongan dan pengiktirafan Putera UMNO kepada kami sebagai salah satu aset dalam pembangunan negara.’’ katanya.

Mushawill Thohar, 19, pula berkata, dengan kerjasama Putera UMNO dan pihak berkuasa, mat rempit lebih berkeyakinan untuk membantu kerajaan dalam menangani masalah remaja.

Sementara itu, Nurul Adira Hussin, 19, menyarankan agar usaha ini diteruskan pada masa hadapan kerana ia dapat menghalang remaja dari terlibat dengan dadah.

Program malam ini turut melibatkan aktiviti kutipan derma dari kalangan mat-mat rempit untuk disalurkan kepada Tabung Bantuan Asia Barat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.