saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/08/2006

Minta maaf – Pemuda

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Seorang perwakilan Pemuda MCA hari ini meminta Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta maaf kepada MCA dan masyarakat Cina.

Siow Koi Voon dari Negeri Sembilan berkata, ini kerana ucapan Khairy di Kedah baru-baru ini melukakan hati segelintir masyarakat Cina yang tidak menyangka beliau sebagai seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

‘‘Ucapan Khairy bukan sahaja melukakan hati masyarakat Cina malah kemungkinan menyebabkan rasa kurang senang dalam kalangan parti Cina komponen BN yang lain.

‘‘Saya berharap beliau akan meminta maaf kepada MCA dan juga masyarakat Cina di negara ini,’’ katanya pada sesi perbahasan di Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Kebangsaan ke-43 di sini hari ini.

Terdahulu, majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy yang juga Menteri Pengangkutan.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Ahad lepas, Khairy berkata, beliau akan berjumpa Naib Ketua Pemuda MCA, Datuk Ling Hee Leong dalam masa terdekat untuk memperjelaskan maksud ucapannya di Kedah baru-baru ini yang dilaporkan menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pemimpin parti komponen BN.

Menurut Khairy, pemimpin berkenaan tersalah faham maksud ucapannya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerlun, Kedah dan perkara itu tidak sepatutnya menjadi satu isu baru.

Khairy mengulas laporan utama beberapa akhbar berbahasa Cina mengenai reaksi pemimpin berkenaan yang dikatakan tidak berpuas hati dengan ucapan Khairy yang didakwa mengatakan kaum Cina akan mengambil kesempatan daripada kelemahan UMNO.

Menurut Khairy, ucapannya itu adalah semata-mata untuk memajukan UMNO dan bukan berniat menjejaskan semangat muhibah yang didukung oleh parti-parti komponen BN selama ini.

Mengulas lanjut, Koi Voon berkata, masyarakat Cina tidak berniat untuk mengambil kesempatan daripada kelemahan UMNO.

‘‘Masyarakat Cina sebaliknya mahu berjuang bersama parti komponen BN dalam memajukan negara ini,’’ ujar beliau.

Sementara itu, seorang lagi perwakilan dari Johor Bahru, Yong Kian Heng berkata, Khairy sebagai seorang pemimpin UMNO harus bersikap profesional.

‘‘Beliau seorang graduan dari universiti terkemuka di luar negara. Beliau sepatutnya bersikap profesional dalam hal-hal sebegini,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.