saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/08/2006

Sebab Khairy tidak hadir

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan timbalannya, Khairy Jamaluddin tidak dapat hadir pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA ke-43 hari ini kerana menghadiri urusan parti.

Kata beliau, Khairy merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian yang dijadualkan lebih awal dan tidak dapat ditangguhkan.

‘‘Saya tahu anda (media) semua akan tanya saya mengenai Khairy. Saya memaklumkan kepada Khairy bahawa saya akan menghadiri majlis ini dan menerangkan kepada semua terutama pemimpin tertinggi Pemuda MCA kenapa beliau (Khairy) tidak dapat hadir hari ini,’’ katanya.

Khairy pagi ini merasmikan Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak sebelum disusuli Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Selangor, malam ini.

Ahad lalu, Khairy berkata, beliau akan berjumpa Naib Ketua Pemuda MCA, Datuk Ling Hee Leong dalam masa terdekat untuk memperjelaskan maksud ucapannya di Kedah baru-baru ini yang dilaporkan menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.