saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/08/2006

Anak ketiga Datuk K pulang hadir majlis

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Anak ketiga Datuk Khalid Mohd. Jiwa, 47, Muhammad Asyraf, 14, tiba dari Melbourne, Australia pagi ini bagi menghadiri majlis persandingan bapanya dengan Datin Siti Nurhaliza Tarudin, 27, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam esok.

Dia yang sedang bercuti di Melbourne sejak 19 Ogos lalu pulang ke tanah air semata-mata kerana mahu menyaksikan majlis persandingan bapanya itu.

Muhammad Asyraf ketika ditemui semasa meninjau persiapan persandingan itu berkata, dia memang mahu menyaksikan majlis yang bersejarah tersebut.

“Saya baru sahaja sampai di KL pagi ini sebab itulah (menghadiri majlis persandingan itu).

“Saya balik seorang sahaja. Yang lain-lain (ibu dan adik-beradik) ada kat sana lagi (Melbourne),’’ katanya sewaktu Utusan Malaysia bertemu dengannya di KLCC.

Dia bersama ibunya, Tengku Zawyah Tengku Izham, 43, serta dua lagi adik-beradiknya iaitu Muhammad Adib, 16, dan Muhammad Aazief, 8, bercuti di Melbourne sejak minggu lepas.

Muhammad Asyraf bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengapa adik beradiknya yang lain tidak turut serta.

Dalam tinjauan Utusan Malaysia petang ini, hampir 70 peratus persiapan untuk majlis itu sudahpun disiapkan termasuk dua acara raptai penuh yang diadakan pada pukul 3 petang dan 8 malam ini.

Selain acara muncul di khalayak ramai di sayap barat KLCC, pasangan mempelai juga akan muncul di Ballroom KLCC pada pukul 7.45 malam hingga 8.15 malam untuk sesi bergambar bersama wakil media massa.

Pereka dan penasihat pelamin majlis itu, Kem Salleh berkata, pelamin yang berkonsepkan dalam taman serta berwarna putih itu dijangka siap esok.

“Kami mula membina pelamin itu sejak pukul 9 pagi tadi dengan menggunakan khidmat 12 orang tenaga pekerja.

“Pelamin bersaiz 30 kaki kali 16 kaki itu juga akan digunakan untuk sesi bergambar bersama orang kenamaan yang hadir pada malam esok,’’ ujarnya.

Selepas majlis persandingan di hadapan wakil media massa, pasangan pengantin akan diarak bersanding di Dewan Pameran 1 dan 2, KLCC di atas pelamin khas yang diberi nama Mahligai Asmara sambil diiringi 22 kanak-kanak perempuan.

Pada majlis yang diacarakan oleh Farah Fauzana, Aidil Abdul Ghaffar, Zakiah Anas dan Ishak Nengah itu, Siti Nurhaliza akan mengenakan dua pasang pakaian termasuk gaun dan songket untuk acara bersanding dan memotong kek yang diberi nama Indah Percintaan berharga RM12,000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.