saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 28/08/2006

Tsu Koon didesak letak jawatan Pengerusi Perbadanan Bekalan Air

BUKTI MERTAJAM 27 Ogos – UMNO Bahagian Bukit Mertajam memberi tempoh tiga hari kepada Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon supaya meletak jawatan Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan memulangkannya kepada UMNO.

Ketuanya, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, ini kerana jawatan tersebut adalah milik UMNO tetapi diserahkan sementara kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu selepas pengkorporatan perbadanan itu pada 1999.

‘‘Kalau Tsu Koon benar-benar ikhlas untuk membangunkan orang Melayu, saya cabar beliau meletakkan jawatan Pengerusi PBAPP dan menyerahkannya kepada pemimpin UMNO,” katanya pada sidang akhbar selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam, di sini hari ini.

Persidangan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

Musa berkata, perbadanan itu tidak mencerminkan hasrat untuk membantu orang Melayu kerana daripada 15 pegawai tingginya, hanya tiga sahaja orang Melayu.

“Dalam struktur organisasi PBAPP amat jelas bahawa jawatan penting bermula dari Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif sehinggalah ke ketua-ketua jabatan semuanya dimonopoli oleh satu kaum sahaja,” katanya.

Menurutnya, lebih membimbangkan apabila Tsu Koon dikatakan cuba menubuhkan dua lagi anak syarikat PBAPP yang pengarahnya juga bukan Melayu.

“Sekiranya Tsu Koon enggan berbuat demikian, kita akan menyusun langkah-langkah lebih drastik untuk meneruskan perjuangan mendapatkan semula apa yang sepatutnya orang Melayu miliki,” katanya.

Sambil membidas perkhidmatan PBAPP yang tidak begitu efisien, beliau berkata, Tsu Koon pernah berjanji untuk menyerahkan semula jawatan itu kepada UMNO dalam tempoh terdekat.

Isu PBAPP ini juga turut mendapat perhatian Pentadbir Sementara Ketua UMNO Bahagian Jelutong, Senator Datuk Omar Faudzar yang mahu Tsu Koon mengembalikan jawatan tersebut kepada pemimpin Melayu.

Katanya, penyerahan jawatan itu tidak berkaitan dengan isu perkauman tetapi melihat kepada keseimbangan di dalam membangunkan negeri melibatkan kesemua kaum yang ada.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bukit Gelugor berkata demikian pada Persidangan Tahunan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jelutong yang dirasmikan oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Omar, sepatutnya jawatan Pengerusi PBAPP milik orang Melayu apabila suatu ketika ia disandang oleh Datuk Seri Ibrahim Saad (selaku Timbalan Ketua Menteri) dan diambil alih oleh Tsu Koon ketika PBAPP berdepan dengan krisis.

Sementara itu, Musa berkata, UMNO Bahagian Bukit Mertajam tetap akan membawa usul penggiliran jawatan Ketua Menteri ke Perhimpunan Agung UMNO akan datang.

Beliau berkata, usul Pemuda Bahagian itu telah diluluskan dan kini menjadi usul UMNO bahagian Bukit Mertajam yang perlu dibentangkan pada perhimpunan tersebut.

“Kami melihat isu ini penting kerana jawatan Timbalan Ketua Menteri yang diberikan kepada UMNO tidak mencukupi untuk membangunkan orang Melayu secara menyeluruh,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.