saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/08/2006

Saya tidak berniat sombong – PM

PORT DICKSON 29 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan beliau tidak berniat sombong apabila membuat kenyataan bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri negara ini.

Beliau berkata, jawatan itu juga bukan untuk berseronok kerana beliau tidak pernah berpeluang untuk berbuat demikian ekoran tanggungjawab besar untuk memajukan negara.

‘‘Saya pun nak jadi pemimpin yang berjaya juga, apa salahnya kalau saya kata, adakah itu tanda sombong...dah tugas saya, takkan saya tak boleh kata saya sebagai PM dan perlu menjayakan peranan saya.

‘‘Itu jawatan saya dan saya kena laksanakan kerana jawatan ini bukan nak seronok-seronok. Tak ada peluang nak seronok pun, betul saya kata.

‘‘Kita kena buat kerja...depa kata hang nak jadi PM pasai apa, dah takdir saya jadi PM apa boleh buat. Bila dah jadi PM kena buatlah kerja sebagai PM,’’ katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Pelancaran Rapat Bestari Kebangsaan 2006, di Dataran Seri Kemang, di sini hari ini.

Abdullah memberitahu, jawatan yang dipegangnya juga membuatkan pergerakannya sentiasa dikawal sehingga tidak bebas keluar masuk di rumah sendiri.

‘‘Tuan, puan ingat saya di rumah boleh keluar masuk...tak boleh. Nak keluar rumah sampai depan pintu pagar tak diberi keluar kalau tiada pengiring.

‘‘Saya kata ini negeri saya, ia selamat. Semua rakyat kawan-kawan saya tapi dia (pengawal) tetap tak bagi sebab katanya apa-apa boleh jadi. Jadi kena tunggulah, ada apa-apa (majlis) baru boleh keluar,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.