saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 02/09/2006

Penjelasan Tsu Koon ‘mengelirukan’

BUKIT MERTAJAM 1 Sept. – Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir menyifatkan penjelasan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengenai pengisian jawatan dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) semalam sebagai satu yang ‘mengelirukan’.

Beliau menegaskan, Tsu Koon telah memutarbelitkan fakta sebenar mengenai pengisian jawatan dalam syarikat milik kerajaan negeri itu menggunakan perkataan-perkataan mengelirukan termasuk pembahagian bagi jawatan pengurusan kanan dan eksekutif.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya hari ini mengumpul segala maklumat dan akan tampil dengan fakta-fakta esok bagi membuktikan semua penjelasan Timbalan Presiden Gerakan itu adalah tidak benar.

“Semua (penjelasan) itu tidak betul, apa yang (pengurusan) kanan dan apa yang eksekutif, dia (Tsu Koon) hendak bermain-main dengan angka-angka yang tidak betul dan mengelirukan. Ini semua satu pembohongan.

“Ketua Menteri sembunyikan perkara yang sebenar tapi kami akan kumpul fakta-fakta yang ada dan akan jelaskan apa yang sebenarnya berlaku dalam PBAPP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Tsu Koon seperti yang dilaporkan oleh akhbar hari ini yang dengan tegas menafikan wujud sebarang diskriminasi atau penyisihan kaum dalam PBAPP, sebaliknya menjelaskan, jumlah orang Melayu yang memegang jawatan kanan dalam PBAPP adalah lebih besar berbanding kaum lain.

Tsu Koon menjelaskan, daripada 10 kakitangan pengurusan kanan, tiga adalah orang Melayu, enam kaum Cina dan seorang kaum India manakala bagi pecahan kakitangan eksekutif kanan pula, daripada 19 jawatan, kaum Melayu mengisi 11 daripadanya, tujuh diisi oleh kaum Cina manakala seorang India.

Penjelasan Tsu Koon itu adalah bagi menjawab desakan Musa baru-baru ini yang memberi masa tiga hari kepada beliau untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi PBAPP kerana didakwa gagal membantu orang Melayu dalam organisasi itu.

Musa menambah, esok beliau sendiri akan menjelaskan satu persatu fakta yang sebenar dengan menyenaraikan nama yang membarisi pengurusan PBAPP bagi membuktikan Tsu Koon tidak memberi penjelasan yang ikhlas berhubung isu tersebut.

Malah tegasnya, tindakan Tsu Koon yang didakwanya tidak telus dalam perkara itu akan mengusutkan lagi keadaan sehingga menyebabkan isu tersebut memberi gambaran yang tidak baik kepada pentadbiran kerajaan negeri.

“Kalau beliau ikhlas kenapa tidak nyatakan nama-nama yang ada dalam PBAPP dan bukti-bukti sekali. Kenapa mahu berselindung sebab ia hanya akan memberi gambaran buruk kepada kerajaan negeri,” tegas beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.