saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/09/2006

Dynas fobia dalam lokap


DYNAS.


Bukannya mudah untuk menguruskan sesi fotografi dengan gadis cantik manis ini. Saya mengambil masa lebih dua bulan untuk mengaturkan temujanji.

Kali pertama terpaksa dibatalkan kerana Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar terpaksa berlepas ke New Zealand untuk melakukan penggambaran.

Saya berkata, laku sungguh minah ini siap buat penggambaran di luar negara lagi. Kali kedua pula dibatalkan juga kerana dia ada penggambaran drama di Melaka.

Bila sebut nama Dynas, saya teringat satu peristiwa ketika bertugas di Kota Bharu Kelantan tahun lalu. Semasa penggambaran drama Siti Aishah hendak dilakukan di rumah saya di Pengkalan Chepa, Dynas dengan beberapa orang krew telah ditahan kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Saya berkata pada masa itu, nasib baik belum sempat drama untuk siaran Astro itu buat penggambaran di rumah aku. Kalau tidak dengan aku sekali kena gari masuk lokap polis.

Apabila jumpa Dynas semula di Kuala Lumpur dia senyum. Kata Dynas dia dah serik. Peristiwa ditangkap polis dan dibicarakan di Mahkamah Majistret Kota Bharu benar-benar menakutkan dia.

Bagaimanapun Dynas bersyukur dia dibebaskan oleh mahkamah itu pada 18 Jun lalu selepas tuduhan keatasnya ditarik balik. Ini kerana salah seorang daripada mereka yang ditahan telah mengaku salah.

Namun begitu bagi Dynas, peristiwa itu mencatatkan satu kenangan hitam dalam hidupnya.

“Serik. Saya memang serik. Malu pun ada sama,’’ katanya memulakan bicara.

* Pengalaman masuk lokap

Menurut Dynas, dia ditahan di lokap Balai Polis Kota Bharu selama empat hari sebelum dijamin oleh ahli keluarganya. Selama di dalam lokap, seluruh badannya menggigil. Rasa takut membayangi dirinya selain bagaimana untuk berhadapan dengan masyarakat.

Walaupun pada waktu itu mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadapnya namun didalam fikiran Dynas, hidupnya akan musnah begitu sahaja apatah lagi berita penahanannya itu mendapat liputan media.

“Ketika `disumbat’ di dalam lokap saya hanya menangis. Saya berkata di dalam hati habislah saya selepas ini. Tak ada lagi peluang berlakon, tak boleh lagi jadi model. Terpaksalah cari kerja lain.

“Saya ingat lepas saja kes itu nak ‘melarikan’ diri ke luar negara untuk sambung belajar tetapi tak jadi selepas menerima banyak tawaran berlakon,’’ katanya.

Gadis ini berkata akibat peristiwa itu juga dia menjadi fobia setiap kali melihat balai polis.

Malah jika ada tawaran berlakon yang mahu dia beraksi sebagai banduan dan terpaksa berkurung di dalam lokap, dia pasti akan menolaknya.

“Sejak kena tahan dalam lokap, saya memang tak boleh tengok lokap lagi. Memang rasa gerun. Pengajaran yang saya dapat, janganlah sesekali kita buat silap sehingga ditahan polis,’’ ujarnya.

Apabila berita penahanannya itu menjadi besar, masyarakat mula mencemuh tetapi dia bersyukur kerana mendapat sokongan yang baik daripada ibu-bapanya.

Berdasarkan pengalaman itu Dynas melihat masyarakat mudah menghukum serta meletakkan seseorang yang ditahan itu sebagai buruk sedangkan masih belum tahu sama ada seseorang itu benar-benar bersalah ataupun tidak.

“Orang kita memang macam tu. Mudah meletakkan kesalahan itu kepada seseorang sebelum mahkamah menentukannya.

“Sebab itulah seseorang yang pernah kena tahan di penjara, apabila keluar daripada pusat tahanan dia akan berubah menjadi lebih jahat kerana tidak mendapat sokongan daripada masyarakat.

“Sikap sedemikian hendaklah dibuang jauh-jauh sekiranya kita mahu melihat masyarakat di sekeliling kita maju,’’ terangnya.

Dynas memberitahu, selepas peristiwa hitam itu dia membuat majlis kenduri doa selamat kerana bersyukur dibebaskan daripada disabitkan kesalahan menagih dadah.

* Rezeki kian bertambah

Pada mulanya gadis berusia 23 tahun ini menganggap rezekinya sudah tertutup tetapi menjadi sebaliknya. Walaupun kejadian itu mencalitkan satu kenangan hitam namun berkat kesabaran gadis ini, rezekinya makin bertambah.

Pada awalnya dia begitu bimbang semua penerbit drama dan filem tidak akan mengambilnya berlakon lagi tetapi selepas kejadian itu, dia semakin mendapat tempat.

Buktinya dia dipanggil beberapa syarikat pengiklanan untuk berlakon iklan televisyen antaranya Pati Ayam Knorr, Nespray dan juga iklan HSBC Bank Berhad.

Selain itu tawaran berlakon drama juga datang melimpah-ruah antaranya Janji Diana, Gerimis Salju dan beberapa buah drama lain yang masih dalam pembikinan.

Dia juga menjadi pengacara untuk beberapa buah stesen televisyen seperti Beat TV (Astro), Sepetang Bersama (TV1) Sulaman Kasih sempena perkahwinan Siti Nurhalzia di ntv7 minggu lalu dan juga Thum TV di stesen yang sama.

Mengenai filem pula Dynas bergadingan dengan Fazura menerusi filem Kayangan arahan Raja Ahmad Alauddin yang telah memulakan penggambaran sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

* Mahu watak baik

Jika melihat wajah gadis tinggi lampai ini, ramai yang akan menganggap dia seorang yang serius. Sebab itulah ramai dalam kalangan pengarah filem atau drama sering mengundang Dynas untuk memegang watak yang bersesuaian dengan raut wajahnya iaitu gadis jahat.

Dynas bagaimanapun berkata dia terlalu mengimpikan watak-watak gadis kampung yang baik kerana sebelum ini terlalu banyak didedahkan dengan watak yang sedemikian.

“Saya selalu dapat watak jahat. Bukannya muak tetapi sesekali saya begitu impikan watak gadis-gadis baik seperti ustazah ataupun gadis kampung,’’ katanya.

Menurut Dynas dia bukan terlalu ‘demand’ tetapi sebagai pelakon dia ingin mencari kelainan terhadap watak yang diberi.

BIODATA

Nama penuh: Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar

Nama panggilan: Dynas Mokhtar

Tarikh lahir: 8 Mac 1983

Umur: 23 tahun

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Tinggi: 170 sentimeter

Berat: 53 kilogram

Pendidikan: Diploma Komunikasi Massa - UiTM Shah Alam (2005)

Kerjaya: Model iklan, pengacara televisyen dan berlakon

Hobi: Menari Salsa

Minuman kegemaran: Milo ais

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.