saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/09/2006

‘Pak Sako tidak pernah sertai PKM’

HULU TERENGGANU 3 Sept. – Adik kepada nasionalis tanah air, Ishak Muhammad atau Pak Sako menafikan laporan sebuah akhbar Sabtu lalu bahawa abangnya pernah terlibat dalam gerakan Parti Komunis Malaysia (PKM).

Abu Bakar Muhammad, 77, berkata, Pak Sako bersama beberapa nasionalis tanah air sebaliknya menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

‘‘Ada beza antara PKM dan PKMM. Allahyarham bukan komunis dan tidak pernah menjalin kerjasama politik dengan mana-mana individu dalam PKM.

‘‘Saya kesal akan laporan itu dan berharap masyarakat tidak salah sangka,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar pada Sabtu lalu bahawa Pak Sako dan beberapa nasionalis Melayu menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat PKM.

Laporan itu tersiar berikutan kematian bekas pemimpin kanan PKM, Rashid Maidin pada usia 89 tahun di Sesakhoon, Narathiwat, Thailand Khamis lalu akibat sakit tua.

Abu Bakar berkata, laporan itu menyebut Rashid Maidin menyertai PKM pada 1951 dan menjadi AJK Pusat PKM bersama Pak Sako, Ahmad Boestamam dan Abdullah CD sedangkan Pak Sako berada dalam tahanan pada tahun 1948 hingga 1953.

‘‘Itu satu bukti. Selain itu, saya juga merupakan pemandu dan pengawal peribadi Pak Sako. Oleh itu, saya berada di sampingnya hampir sepanjang masa tetapi saya tak pernah tahu pun Allahyarham terlibat dengan PKM.

‘‘Saya tegaskan bahawa abang saya bukan ahli PKM apatah lagi menjadi pemimpin kanan parti komunis itu. Saya harap jangan ada suara sumbang begini lagi,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.