saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 04/09/2006

BUKU

Judul : Linguistik Melayu
Suntingan : Zulkifley Hamid, Ramli Md Salleh dan Rahim Aman
Harga : RM30
Penerbit : Penerbit UKM
Pengulas : Radzuan Ghazali

LINGUISTIK Melayu memperkenalkan bidang linguistik yang begitu luas kepada umum. Buku ini menghuraikan keseluruhan aspek yang berkaitan dengan bidang linguistik Melayu atau kajian bahasa Melayu iaitu teori, aplikasi dan antara disiplin.

Buku ini menjelaskan kepada umum tentang kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan sehari- harian. Bidang linguistik berkait rapat dengan aktiviti hidup, khususnya lakuan bahasa, iaitu dalam penyampaian dan pemahaman maksud. Kesemua aspek dan topik dihuraikan dengan jelas dan mudah dalam buku ini.

Buku ini mengemukakan 11 bab didahului dengan tajuk Konsep Bahasa oleh Zulkifley Hamid yang memfokuskan kepada menghuraikan takrif bahasa dan peranan bahasa dalam kehidupan bermasyarakat. Bab ini juga menjelaskan peranan bahasa Melayu di Malaysia sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Kaedah penyelidikan bahasa, dan bagaimana ia dilakukan dalam zaman berbeza-beza turut dibincangkan. Manakala bab kedua bertajuk Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu oleh Ismail Salleh menumpukan pula kepada sejarah perkembangan tulisan dan ejaan bahasa Melayu.

Bab ketiga mengenai Fonetik dan Fonologi oleh Rahim Aman membincangkan dua aspek utama bahasa Melayu iaitu aspek fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Bab keempat tentang Morfologi oleh Ramli Md. Salleh menjelaskan aspek-aspek yang berkaitan dengan morfologi bahasa Melayu dengan huraian tentang pengelasan dan pembentukan kata dalam bahasa Melayu.

Bab kelima Sintaksis oleh Ramli Md Salleh menjelaskan berkaitan sintaksis bahasa Melayu. Ia menyentuh mengenai proses pengkategorian dan pembentukan frasa, ayat dasar dan ayat majmuk bahasa Melayu. Bab keenam bertajuk Semantik pula menarik perhatian mengenai aspek semantik bahasa Melayu dengan pendedahan kepada proses mendapatkan makna dalam bahasa Melayu. Bab ketujuh bertajuk Psikolinguistik membincangkan aplikasi dalam kajian bahasa atau linguistik dan ia menjelaskan bidang psikolinguistik.

Manakala bab kelapan tulisan Teo Kok Seong menjelaskan bidang kajian sosiolinguistik bahasa Melayu. Ia memperlihatkan pengaruh sosial dalam berbahasa. Manakala bab sembilan mengenai Dialektologi oleh Ajid Che Kob membincangkan konsep-konsep asas dalam bidang dialektologi yang mengemukakan data daripada pelbagai dialek Melayu.

Rahim Aman pula menulis mengenai Linguistik Sejarah yang membincangkan aspek linguistik sejarah bahasa Melayu. Bab ini menghuraikan aspek-aspek yang berkaitan dengan kekerabatan bahasa Melayu. Bab ini juga menerangkan cara untuk menentukan jarak kekerabatan antara dua atau lebih bahasa. Bab kesebelas yang bertajuk Bidang-bidang Lain dalam Kajian Bahasa menyentuh aspek kajian bahasa yang belum dibincangkan termasuklah linguistik komputer, pengajaran bahasa, stilistik, linguistik antropologi, penterjemahan, linguistik forensik, neurolinguistik dan pragmatik.

Secara jelasnya, dapatlah disimpulkan bahawa buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh pelajar yang mengikuti program pengajian bahasa Melayu, linguistik, pendidikan dan komunikasi dan bermanfaat kepada guru bahasa Melayu, pelajar maktab perguruan, peminat dan pejuang bahasa Melayu serta individu yang meminati bidang pengajian dan pengkajian bahasa Melayu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.