saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/09/2006

Jangan Pandang Belakang filem seram penuh misteri

JANGAN Pandang Belakang (JPB) nyata satu produk yang banyak mengundang misteri yang menyeramkan. Sejak awal pembikinan, garapan kisah seram yang dihasilkan Pierre Andre yang turut melakonkan watak utama filem terbitan ke-21 MMP itu bukan sahaja mengalami beberapa peristiwa ganjil.

Malah hari terakhir penggambarannya pada 24 Ogos lalu, tragedi berlaku apabila pelakon stuntnya, Zahari Omar Baki maut kerana tersasar semasa membuat pendaratan untuk aksi lompatan dari tingkat empat sebuah kondominium.

Bermula dengan sesi `recce’ di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak, krew produksi JPB telah mengalami beberapa kejadian aneh hinggalah semasa penggambaran berlangsung.

MEGA yang berkesempatan mengunjungi lokasi JPB di Duta Vista sehari sebelum penggambaran berakhir pada Ogos lalu turut diberitahu, ada krew yang diserang histeria semasa penggambaran.

“Pun begitu, saya puas hati kerana pembikinannya mengikut jadual dan bajet walaupun sepanjang penggambaran, ada beberapa peristiwa misteri berlaku.

“Kalau anda melihat poster Jangan Pandang Belakang, anda dapat menyaksikan satu imej lembaga misteri.

“Sebenarnya semasa gambar itu diambil, tidak ada seorang pun di rumah tersebut. Tetapi apabila gambar itu diproses untuk dijadikan poster, imej tersebut muncul,” cerita penerbitnya, David Teo sewaktu ditemui.

Mengharapkan filem Jangan Pandang Belakang mampu mencatat rekod terbaik seperti yang dikecapi Remp-It, kata David, filem itu tidak sekadar satu filem biasa.

“Saya mahu penonton merasai keterujaan, suspen dan seram, dari awal hingga akhir filem, bukannya pada 10 minit pertama dan seterusnya hanya sebuah filem biasa,” katanya.

Justeru, untuk memastikan unsur seram dan suspen, pihaknya bukan sahaja menitikberatkan soal visual tetapi juga audionya dengan menggunakan sistem dolby digital sorround SRD.

“Kesan bunyi boleh memberansangkan perasaan penonton selain gerak kerja kamera dan dialog yang diungkapkan,” ujar David yang menggunakan makmal di Thailand bagi proses SRD.

Penat tapi bangga

Sementara itu, pengarahnya, Ahmad Idham berkata, filem itu menggunakan banyak gerak kamera dan mainan lampu untuk menghidupkan unsur seram dan saspens.

Banyak berbincang dengan pengarah fotografi, Indera Che Muda untuk mendapatkan mood dan sudut menarik, kata Idham:

“Situasinya ialah sedang diekori dan kita banyak memasukkan unsur kelibat atau imbasan untuk menimbulkan suasana seram.

“Kerana itu, kerja kamera dan lampu memainkan peranan penting selain sistem bunyi keliling SRD bagi menimbulkan rasa tegang kepada sesuatu situasi dalam filem ini.”

Mengakui penat mengendalikan JPB namun kata Idham, dia bangga kerana mempunyai sebuah pasukan yang hebat.

“Mungkin filem ini tiada nama besar tetapi yang penting adalah komitmen mereka dan saya mendapat yang terbaik dalam pasukan ini - daripada pelakon hinggalah kepada krewnya.

“Nak kata penat mengarah, jawapannya, tidak secara fizikal tetapi ya daripada segi mentalnya. Kerana kita perlu dapatkan mood.

“Sebab itu, dalam sehari, adakalanya kita shoot satu dua babak sahaja. Tapi babaknya panjang. Bahagian paling sukar biasanya yang melibatkan babak hantu,” kata Idham.

Filem: Jangan Pandang Belakang

Pengarah: Ahmad Idham

Pengarah fotografi: Indera Che Muda

Penulis skrip: Pierre Andre

Genre: Seram

Lokasi: Duta Vista, Jalan Duta

Penerbit: David Teo

Terbitan: Metrowealth Movies Production (MMP)

Bajet: RM1.5 juta

Pelakon: Pierre Andre sebagai Darma Intan Ladyana sebagai Rose dan Seri Rio Elani sebagai Lin Khatijah Tan sebagai Mak Lang Ruminah Sidek sebagai Opah

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.