saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 10/09/2006

Abdullah tiba di Helsinki

HELSINKI 9 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di negara pengasas telefon tangan Nokia, Finland hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Ke-6 Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) - forum ke arah memantapkan interaksi dan persefahaman bersama antara dua benua itu, bermula esok dan lusa.

Bertemakan 10 Tahun ASEM: Cabaran Global - Tindakan Bersama, ia akan menemukan dua tahun sekali para pemimpin 15 negara Kesatuan Eropah (EU) dan Suruhanjaya Eropah (EC) dengan 10 negara Asia Timur - yang penyertaannya sentiasa berkembang.

Perkembangan itu disebabkan faktor asas dinamisme ekonomi kedua-dua rantau itu, selain proses dialog dan kerjasama mengenai hal ehwal politik, sosial, kebudayaan dan soal-soal intelektualiti, yang menjadi rukun penubuhannya.

Yang menariknya, temanya tahun ini akan memberi peluang semua 39 anggota dan rakan ASEM bermuhasabah mengenai komitmen mereka setelah sedekad kewujudannya bagi mencari pendekatan untuk mengatasi pelbagai cabaran yang wujud dalam dunia yang cepat berubah ini.

Perbincangan kali ini akan banyak menekankan mengenai agenda antarabangsa.

Topik-topik yang akan disentuh termasuk menyokong sistem antarabangsa mengenaihubungan pelbagai hala (multilateralisme), membangkitkan soal ancaman keselamatan - merangkumi ancaman kesihatan global seperti virus selesema burung, keselamatan tenaga, perubahan cuaca - selain soal ekonomi sejagat, dialog antara budaya dan pemupukan persefahaman.

Sepanjang dua hari sidang ini berlangsung, Abdullah mempunyai sesi pertemuan dan perbincangan cukup ketat termasuk akan menyampaikan ucaptama mengenai soal hubungan antara agama dan Islam Hadhari, pengalaman yang berjaya menyatukan perpaduan kaum dan kepercayaan di negaranya, Malaysia.

Perdana Menteri dijangka menyampaikan ucapan itu semasa ASEM membincangkan mengenai topik berkaitan Dialog Antara Budaya dan Peradaban, Isnin ini.

Selain persidangan yang menyentuh hal ehwal pelbagai hala Asia-Eropah, pihak Asia juga akan mengambil kesempatan mengadakan pertemuan sesama mereka bagi membincangkan mengenai faedah dan rancangan masa depannya.

Abdullah dijangka menghadiri Mesyuarat Kemboja, Malaysia, Singapura, Thailand mengenai Rangkaian Kereta Api Singapura-Kunming, Ahad ini.

Beliau juga akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin Asia, sebelum majlis pembukaan ASEM 6 pada sebelah petangnya.

ASEM kali ini akan mengambil peluang selepas pembukaannya untuk membincangkan secara tertutup satu topik yang dianggap penting bertajuk “Pengukuhan Multilateralisme dan Ancaman Keselamatan.''

Para pemimpin ASEM turut berbincang mengenai alam sekitar, keselamatan tenaga, globalisasi sebelum ditutup dengan satu perbincangan bertajuk Masa Depan ASEM.

Selain menghadiri persidangan itu, Perdana Menteri turut mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan-rakan dialog itu.

Ahad ini, Abdullah akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Itali, Romano Prodi, Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende dan mesyuarat empat mata dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Isnin pula, beliau akan mengadakan lagi pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Belgium, Guy Verhofstatdt dan Canselor Jerman, Angela Merkel.

Selepas menghadiri sidang kemuncak ini, Abdullah akan berlepas ke Cuba untuk lawatan kerjanya ke negara itu. Beliau akan menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Ke-14 dan Perdana Mentari akan menyerahkan tugasnya sebagai Pengerusi NAM kepada negara tuan rumah. Beliau kemudian akan berlepas ke New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

ASEM yang ditubuhkan pada sidang kemuncaknya yang pertama di Bangkok pada 1996 dianggotai 10 negara Asia, Brunei, China, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam; 15 negara EU iaitu Austria, Belgium, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Portugis, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom dan juga EC, selaku anggota bukan negara.

Forum antara rantau ini berasaskan tiga komponen tonggaknya iaitu dialog politik; keselamatan dan ekonomi; pendidikan dan budaya.

Selepas sidang kemuncak pembentukan di Bangkok, kedua diadakan di London, ketiga Seoul, keempat Copenhagen, Sweden dan kelima di Hanoi, Vietnam. Sidang Kemuncak ASEM 6 boleh dilayari melalui www.asem6.fi/.

– Mingguan

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.