saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 13/09/2006

Putera Hisahito, waris ketiga kerabat diraja Jepun

TOKYO 12 Sept. – Bayi lelaki pertama yang dilahirkan dalam kerabat diraja Jepun bagi tempoh hampir 41 tahun dinamakan Putera Hisahito dalam satu upacara persendirian di sebuah hospital Tokyo hari ini.

“Hisa” dalam bahasa Jepun bermakna ketenangan manakala huruf Cina “hito,” yang secara tradisinya digunakan untuk menamakan waris takhta Jepun, bermakna “ukuran moral tertinggi.”

Dalam upacara itu, bapa Hisahito, Putera Akishino yang merupakan anak lelaki kedua Maharaja Akihito, meletakkan sejenis kotak kayu di tepi bantal anaknya.

Dalam kotak yang diperbuat daripada kayu paulownia itu berisi nama Hisahito yang ditulis tangan pada sekeping kertas wasyi Jepun.

Hisahito, yang merupakan waris takhta ketiga selepas bapa saudaranya, Putera Mahkota Naruhito dan bapanya, Akishino, turut diberikan lambang peribadi dikenali sebagai koyamaki.

Kelahiran Hisahito, yang merupakan cucu lelaki pertama Akihito, meredakan seketika rancangan untuk mengubah undang-undang bagi membenarkan wanita menaiki takhta Jepun, yang selama ini dibataskan kepada waris lelaki sahaja.

– Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zuhur 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.