saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/09/2006

Zul 2 By 2 belum yakin tampil solo


Zul adalah antara komposer muda yang aktif menghasilkan lagu.


KALAU ada yang kata suka mendengar lagu-lagu ciptaan komposer Aiman, Aidil atau Zul 2 By 2, semua nama yang diperkatakan itu adalah milik abadi Zulkefli Majid, 34.

Jelas Zulkefli atau mesra dengan panggilan Zul, ketiga-tiga nama tersebut merupakan nama pena yang sering digunakannya sejak membabitkan diri dalam bidang penciptaan lagu pada tahun 1999.

Nama pena Aiman atau Zul 2 By 2 digunakan sewaktu mencipta lagu-lagu yang didendangkan oleh artis-artis syarikat Suria Records Sdn. Bhd.

“Sebenarnya mula-mula cipta lagu, saya guna nama Zul 2 By 2 kerana kebetulan saya anggota kumpulan 2 By 2. Sekarang ini nama Zul 2 By 2 dan Aiman saya gunakan untuk lagu-lagu ciptaan saya untuk artis naungan SRC.

“Kalau untuk penyanyi lain yang minta khidmat saya sebagai komposer, saya lebih selesa menggunakan nama Aidil dan sekali-kala Zul 2 By 2. Bukan apa, nama ini kadang-kadang main peranan juga,’’ katanya terus terang.

Lagu pertama ciptaan Zul ialah Sejarah Mungkin Berulang dendangan kumpulan New Boyz dengan menggunakan nama pena Aiman. Penyanyi lain yang pernah mendendangkan lagu-lagu ciptaan Zul ialah Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Aqasha, Sofaz, Siti Sarah, kumpulan Firdaus dan Elly Mazlein.

Menurut Zul, sebelum mencipta lagu untuk seseorang penyanyi, dia perlu tahu tahap nada suara penyanyi sama ada tinggi atau rendah.

“Bila sudah tahu nada suara penyanyi itu, barulah saya dapat cipta lagu berdasarkan kemampuan mereka. Selalunya saya akan menggunakan piano atau gitar untuk cipta lagu.

“Pada saya perkara begini tidak boleh rancang. Idea itu datang sendiri, kalau Tuhan tidak bagi idea, duduklah berjam-jam depan piano tidak dapat cipta satu lagu pun,’’ katanya terus terang.

Selain piano dan gitar, Zul juga berkebolehan bermain dram. Katanya, seorang komposer sebaiknya mempelajari asas bermain alat muzik bagi memudahkannya mencipta lagu.

Jika komposer lain ada banyak lagu simpanan, Zul pula tidak mempunyai koleksi. Ini kerana Zul lebih senang mencipta lagu khas untuk seseorang penyanyi apabila diminta.

Selalunya bila mencipta lagu, Zul akan menggunakan khidmat penulis lirik seperti Lukhman S, Ad Samad, Hani MJ dan Tisya.

Zul yang merupakan Pengurus Artiste & Reportaire syarikat rakaman SRC sejak lapan tahun lalu berkata, selain mencipta lagu untuk rakaman studio, dia juga menghasilkan lagu latar untuk filem dan drama. Antaranya termasuk lagu Gelisah Mimpi dendangan Liza Hanim untuk filem KL Menjerit.

“Setakat ini saya banyak cipta lagu berentak balada sahaja. Terbaru yang berirama Arab Pop iaitu lagu Ku Berlari dendangan Catt bersama kumpulan Firdaus,’’ katanya yang selesa dengan genre pop.

Anak ke lapan daripada 10 beradik yang berasal dari Batu Caves, Selangor ini mula meminati bidang seni sejak di bangku sekolah.

Selain Zul, dua orang abangnya Shuib (Abang Long) dan Amy (Abang Chik) masing-masing adalah anggota kumpulan Freedom dan Thunderstorm. Selain itu penyanyi Habibah Yaacob juga adalah ibu saudaranya iaitu adik kepada ibunya.

Zul yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Selayang, sering menyertai pertandingan nyanyian. Peluang Zul menghasilkan album terserlah apabila dia dipilih oleh SRC untuk bersatu dalam kumpulan 2 By 2 yang turut dianggotai oleh Halim, Faizal dan Man.

Bersama 2 By 2, Zul pernah menghasilkan album Rindu, Pak Pung Pak Mustafe , Juwitaku dan The Best Of 2 By 2.

Biarpun sering diundang mengadakan persembahan secara solo, namun hingga kini Zul belum terfikir untuk buat album solo.

“Setakat ini saya tidak ada keyakinan untuk tampil sebagai penyanyi solo. Cukuplah dengan kumpulan yang ada itu. Kalau ada masa mungkin 2 By 2 akan muncul dengan album baru tapi waktunya belum pasti kerana masing-masing sibuk,’’ jelas Zul yang banyak melakukan tugasan pengurusan acara menerusi syarikat miliknya, Top Response Sdn. Bhd., sejak tiga tahun lalu.

Suami kepada Ismaliza Ismail (kakak kepada Tomok, New Boyz), 27, dan bapa kepada Mohd. Haiqal Aiman, 9, Mohd. Haiqal Aydiel, 8, Seri Aida Melissa, 5, dan Seri Ayreen Merlinda, 2, itu tidak kisah jika anak-anak mengikut jejak langkahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.