saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 20/09/2006

Singapura: Rundingan tertunggak ditangguh

Laporan: SADATUL MAHIRAN ROSLI dan BINTU RASYADA ABD RAHMAN
KUALA LUMPUR 19 Sept. – Rundingan mengenai pelbagai isu dua hala tertunggak antara Malaysia dan Singapura masih ditangguhkan buat sementara waktu ini, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Joseph Salang (gambar).

“Kedua-dua negara berpendapat adalah lebih memanfaatkan buat masa ini untuk membina keyakinan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala melalui kerjasama di pelbagai bidang,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mengenai adanya rundingan baru yang dibuat antara Kerajaan Malaysia dan Singapura dalam menyelesaikan isu-isu tertunggak.

Antara isu yang masih tertunggak adalah penyemakan harga bekalan air mentah ke Singapura dan isu tanah KTM di Singapura.

Salang juga memaklumkan bahawa Jemaah Menteri pada 12 April lepas telah memutuskan untuk menghentikan rundingan dengan Singapura mengenai isu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Dengan ini, katanya, permintaan Singapura untuk mendapatkan pasir dan penggunaan ruang udara Malaysia oleh Tentera Udara Singapura juga tidak timbul.

Menjawab soalan tambahan, Salang berkata kerajaan sentiasa memastikan hubungan dua hala yang baik dengan negara-negara jiran termasuk Singapura.

“Dengan adanya keyakinan kedua-dua negara, kita mengharapkan bahawa akan diselesaikan isu-isu yang tertunggak,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Mahadzir Khir (BN-Sungai Petani), katanya kerajaan masih menunggu keputusan timbangtara di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung isu tertunggak Pulau Batu Putih yang juga membabitkan Singapura.

“Biarlah kita tunggu apa keputusannya (ICJ) nanti,” jelas beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.