saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/09/2006

Jet pejuang negara jiran melintasi ruang udara Malaysia

JOHOR BAHRU 21 Sept. – Kehadiran jet-jet pejuang negara jiran melintasi ruang udara Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang dekat sini sejak akhir-akhir ini mengundang tanda tanya kepada para penduduk.

Persoalannya ialah kenapa jet-jet pejuang tersebut boleh terbang melepasi sempadan negara ini dan jika mendapat kebenaran daripada kerajaan Malaysia, kenapa ia dibenarkan terbang rendah sehingga mengganggu kehidupan mereka?

Beberapa penduduk yang ditemui Utusan Malaysia merasa hairan dan curiga dengan kehadiran jet-jet pejuang tersebut yang membuat penerbangan rendah di ruang udara kampung tersebut dua kali sehari.

Menurut seorang suri rumah, Azizah Ibrahim, 60, jet-jet pejuang yang diyakini milik negara jiran itu terbang melintasi ruang udara kampung tersebut setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan petang setiap hari.

“Mereka terbang rendah dan bunyi juga bising sehinggakan kalau kami berbual di dalam rumah ini pun susah nak didengari.

“Saya sendiri melihat dua hingga empat pesawat itu melintas setiap kali dan saya yakin ia datang dari negara jiran,” katanya yang sudah menetap di kampung tersebut hampir 40 tahun lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.