saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 22/09/2006

Tidak wajar Kuan Yew dakwa Cina Malaysia dipinggir – Najib


BANGI 21 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar dakwaan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew bahawa orang Cina di Indonesia dan Malaysia dipinggirkan secara sistematik dan menganggap kenyataan itu sebagai ‘nakal’, tidak wajar dan tidak diperlukan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Kuan Yew tahu luahan pendapat itu boleh melibatkan implikasi politik di Malaysia dan Indonesia.

“Saya tidak tahu apa muslihatnya tetapi ia adalah satu kenyataan yang tidak perlu dilakukan.

“Ia tidak dihargai langsung,’’ katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran dan Penyampaian Bantuan ASB Sejahtera di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita Jumaat lalu mengenai kenyataan Kuan Yew pada forum sempena mesyuarat Bank Dunia- Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Singapura.

Kuan Yew yang merupakan pengasas Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkata, Singapura memerlukan kerajaan yang memiliki keberanian dan kemahiran mengatakan ‘tidak’ kepada negara-negara jirannya yang lebih besar dan didominasi penduduk beragama Islam.

Menteri Mentor itu memberitahu, Indonesia dan Malaysia yang mempunyai masalah dengan golongan Cina yang bekerja keras dan berjaya meminggirkan mereka secara sistematik.

Kedua-dua negara itu, kata Kuan Yew, mahu Singapura menjadi seperti orang Cina, iaitu pak turut.

Najib menegaskan, kenyataan itu tidak tepat sama sekali kerana Malaysia tidak pernah mengamalkan apa-apa usaha meminggirkan golongan bukan bumiputera dalam negara.

Kerajaan juga, katanya, tidak pernah mengamalkan sebarang dasar menyekat peluang golongan bukan bumiputera untuk mara ke hadapan.

“Apa yang ada ialah usaha mengimbangi antara bumiputera dan bukan bumiputera supaya kaum bumiputera tidak jauh sangat ketinggalan kerana mereka pun masih lagi ketinggalan pada waktu ini.

“Apa yang hendak kita capai ialah satu bentuk masyarakat lebih adil dan saksama,’’ tegasnya.

Ditanya sama ada sebarang protes diplomatik akan dibuat terhadap Singapura, Najib berkata:“Saya tidak tahu, terpulang kepada Kabinet untuk menentukannya.’’

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.