saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 24/09/2006

Lee Kuan Yew perlu minta maaf

MUAR 23 Sept. – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Lee Kuan Yew memohon maaf kerana mendakwa orang Cina di negara ini dipinggirkan.

Beliau berkata, dakwaan bekas Perdana Menteri Singapura itu tidak berasas dan lahir daripada ‘seorang yang baru bangun dari tidur di sebuah pulau yang tidak tahu apa-apa’.

Tegas beliau, dakwaan itu juga cuba merosakkan usaha negara serantau mencari jalan bagi meningkatkan hubungan baik sesama rakyat di negara ini.

‘‘Beliau perlu meminta maaf kerana provokasi sebegini tidak akan memberikan faedah untuk mewujudkan keamanan serantau di ASEAN.

‘‘Mungkin juga dia (Kuan Yew) baru bangun dari tidur dan tidak tahu keadaan sebenar sebab tinggal di sebuah pulau dan tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling,” kata beliau.

Muhyiddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan Kuan Yew bahawa orang Cina di Malaysia dan Indonesia dipinggirkan secara sistematik.

Beliau membuat kenyataan itu pada mesyuarat Bank Dunia-Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Singapura baru-baru ini.

Sementara itu di TAIPING, Perak, Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) juga mahu Kuan Yew memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemangku Pengerusinya, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, ini kerana kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura itu jelas mencampuri urusan dalaman negara ini.

‘‘Ia jelas satu kenyataan tidak berasas. Apa hak beliau mengeluarkan kenyataan macam ini, budaya politik di Malaysia berbeza dengan Singapura.

‘‘Kita tidak pernah mencampuri urusan dalaman mereka jadi janganlah campur urusan kita, dia tidak sepatutnya menyibuk, '' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Di KOTA KINABALU, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Salleh Said Keruak berkata, dakwaan Kuan Yew tidak bertanggungjawab dan berniat buruk.

‘‘Ia dibuat bagi membangkitkan kemarahan orang Cina terhadap kerajaan negara ini. Ia satu kenyataan tidak bertanggungjawab, ia berniat buruk,'' katanya.

Sementara itu di KOTA BHARU, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mempertikaikan motif kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura itu.

Mursyidul Am Pas berkata, sebagai orang tua dan bekas pemimpin sebuah negara, Kuan Yew tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan orang lain.

“Apa hubungan mu (Kuan Yew) dengan Malaysia, ini tidak betul,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-31 Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri di sini, hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.