saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 25/09/2006

Kanunkan semula tulisan jawi dalam Akta Pendidikan

PORT DICKSON 24 Sept. – Tulisan jawi perlu dikanun semula di dalam Akta Pendidikan supaya ia diajar sebagai tulisan Melayu sebenar selain tulisan rumi, kata seorang aktivis bahasa dan persuratan, Hashim Musa.

Beliau berkata, ia adalah antara langkah yang boleh diambil untuk memupuk tulisan jawi serta seni khat dan memperkasakannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengekalkan warisan sejak 1,000 tahun itu.

“Langkah paling baik ialah memasukkan pembelajaran tulisan jawi dalam bahasa Melayu dan bukan sekadar dalam Pendidikan Islam sahaja. Tulisan jawi hendaklah dikaitkan dengan khazanah persuratan Melayu,” katanya di sini.

Katanya, antara langkah lain yang boleh dilakukan ialah mencetak kembali surat-surat emas raja dan pembesar Melayu, manuskrip lama dalam format besar dan disebarkan dengan publisiti meluas, di samping boleh dijadikan hiasan di pejabat-pejabat kerajaan serta badan-badan berkanun.

Menurutnya tulisan jawi juga perlu dibudayakan pada hari-hari perayaan masyarakat Melayu, seperti Aidilfitri, Aidiladha, Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan sebagainya dan kain rentang bertulisan jawi mengenai sambutan itu hendaklah dipamerkan di kawasan umum.

Kata Hashim, antara langkah lain yang boleh diambil ialah mengadakan minggu tulisan jawi di sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi di samping membanyakkan bengkel, peraduan dan pameran.

Menurutnya, usaha menyuburkan serta mempromosikan tulisan jawi dan seni khat juga boleh dikembangkan ke negara jiran seperti di Brunei, Indonesia, Singapura, selatan Thailand dan selatan Filipina dengan mengadakan seminar dan bengkel antarabangsa untuk memperkasakan tulisan berkenaan.

Beliau berkata. mereka yang menguasai jawi tidak rugi, bahkan mempunyai nilai tambah yang tinggi kerana mempunyai ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tamadun besar di rantau Asia Tenggara.

– Bernama

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.