saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/09/2006

Kuan Yew digesa hentikan tohmahan

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mahu bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menghentikan segera segala tohmahan yang tidak berasas terhadap setiap perkara berkaitan negara ini.

Ketuanya, Razali Ibrahim berkata, Kuan Yew perlu mengambil perhatian serius terhadap saranan tersebut kerana ia boleh memberi kesan negatif ke atas hubungan antara kedua-dua negara sekiranya sikap seperti itu diteruskan.

Beliau berkata, selain itu ia juga boleh mengelakkan sebarang tindakan berbentuk provokatif yang mungkin boleh berlaku di kalangan rakyat negara ini.

‘‘Jika ini terjadi, Kuan Yew perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya kerana beliaulah yang menjadi punca timbulnya masalah ini. Dalam hal ini Kuan Yew lebih baik diam daripada terus bercakap,‘’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, UMNO Johor mahu sebarang projek yang lebih menguntungkan Singapura daripada rakyat negara ini dibatalkan, termasuk projek kereta api laju Kuala Lumpur ke republik itu.

Jumaat lalu, Kuan Yew semasa mesyuarat Bank Dunia-Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di republik itu mendakwa bahawa orang Cina di Malaysia dan Indonesia dipinggirkan secara sistematik.

Dalam pada itu Razali berkata, Kuan Yew sebenarnya melahirkan kekecewaan dan kegagalan silam beliau. ‘‘Kenyataannya akan menghukum generasi akan datang,’’ katanya.

Beliau turut mengingatkan Kuan Yew agar tidak menyamakan rakyat Malaysia seperti rakyat Singapura yang boleh ‘diprogramkan’.

Dalam hubungan ini, Razali berkata, telah tiba masanya negara melaksanakan apa jua jenis peraturan ke atas rakyat negara itu yang selama ini tertangguh.

Antaranya kata beliau, seperti mengenakan caj kepada kenderaan negara itu yang masuk ke negara ini.

‘‘Ini bukan soal kita hendak membalas tindakan Kuan Yew tetapi lebih merupakan tanda ketegasan terhadap kerajaan Singapura,’’ ujarnya.

Dalam perkembangan sama Razali berkata, sejak dahulu lagi khususnya Kuan Yew sukar mengakui kaitan republik itu dengan Malaysia.

‘‘Mereka seboleh-bolehnya enggan mengaitkan Singapura dengan Malaysia walaupun sejarah ada mencatatkan bahawa Singapura pada satu masa dahulu adalah sebahagian daripada Malaysia,’’ tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.