saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/09/2006

Orang luar jangan campur tangan

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan dan hal pentadbiran Malaysia.

Naib Ketua Pemuda MCA, Datuk Ling Hee Leong, berkata, beliau berharap pihak luar tidak sesuka hati mencampuri dasar pemerintahan kerajaan Malaysia.

‘‘Orang lain tak sepatutnya campur tangan dengan polisi kita,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sidang media projek Pesta Tanglung Universiti Malaya 2006 (PTUM 06) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang dibuat Kuan Yew terhadap nasib orang Cina Indonesia dan Malaysia pada forum sempena mesyuarat Bank Dunia-Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Singapura.

Dalam forum tersebut, Kuan Yew mendakwa Indonesia dan Malaysia mempunyai masalah dengan golongan Cina yang bekerja keras dan berjaya meminggirkan mereka secara sistematik.

Desakan

Sementara itu, Hee Leong ketika disoal sama ada beliau bersetuju supaya Kuan Yew meminta maaf secara terbuka menjawab, perkara tersebut bergantung kepada keputusan kerajaan.

Tegasnya, sekira kerajaan meminta supaya Kuan Yew meminta maaf pada pemerintah dan rakyat Malaysia, beliau akan turut menyokong desakan tersebut.

‘‘Wajar atau tidak kita mendesak Kuan Yew, tertakluk pada kerajaan. Saya setuju apa jua tindakan mereka menangani hal tersebut,’’ katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta supaya golongan pelajar memperkuatkan kerjasama di antara mereka dengan hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Jelasnya, rakyat Malaysia pelbagai kaum sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan mereka perlu berusaha mempertingkatkan semangat tersebut.

‘‘Sikap saling hormat-menghormati dapat mewujudkan kerjasama baik di kalangan warga Malaysia,’’ kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.