saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/09/2006

Kenyataan Kuan Yew tidak berasas

MIRI 25 Sept. – Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Miri menyelar kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew berhubung dakwaan beliau bahawa kaum Cina di negara ini dipinggir secara sistematik.

Ketuanya, Lawrance Lai menegaskan, kenyataan Kuan Yew itu bukan sahaja tidak berasas tetapi jauh terpesong daripada realiti kaum Cina di Malaysia.

Justeru katanya, sebagai sebuah parti yang mempunyai keahlian terbesar kaum Cina di Sarawak, Pemuda SUPP kesal dengan kenyataan tersebut yang memberi gambaran salah terhadap kaum Cina Malaysia.

‘‘Latar belakang kaum Cina di Malaysia jauh berbeza dengan Singapura. Kita di Malaysia unik dengan kebolehan kita hidup harmoni dan bertolak ansur dengan rakyat berbilang kaum di negara ini.

‘‘Tiada kaum dipinggir sama ada majoriti mahupun minoriti, kenyataan Kuan Yew mengenai kaum Cina di Malaysia adalah salah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Jumaat lalu, Kuan Yew dilaporkan berkata, sikap Malaysia dan Indonesia terhadap Singapura dibentuk oleh cara layanan mereka terhadap kaum Cina minoriti di negara sendiri.

Beliau turut mendakwa Malaysia dan Indonesia mempunyai masalah dengan kaum Cina kerana kaum itu berjaya dan berkerja keras hingga kaum Cina dipinggir secara sistematik.

Sebaliknya kata Lai, keistimewaan kaum Cina di Sarawak tidak boleh dipertikaikan dengan apa cara sekalipun dan tetap berbangga dengan keharmonian yang terjalin antara rakyat berbilang kaum.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.