saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/10/2006

Mas Idayu cari sinar bahagia

Jangan ditanya soal status kepada penyanyi Mas Idayu. Ini kerana dia hanya akan berakhir dengan gelengan kepala sahaja.

Sama seperti kisah perkahwinannya dengan seorang aktor yang disorok daripada pengetahuan umum, begitu juga kisah mengenai perkembangan terbaru dirinya ketika ini.

Ada yang kata artis “goyang 3600’’ ini sudah bergelar ‘janda’ sejak beberapa bulan lalu. Ada yang tanya, “eh, bila pula dia menikah?’’ Macam-macam.

Yang pasti anda boleh buat apa saja telahan, asalkan yang tidak keterlaluan dan Mas Idayu sendiri reda dengan apa juga kemungkinan tanggapan orang terhadap dirinya.

Apa yang nyata di depan mata saya, penyanyi ini kelihatan semakin bahagia dengan hari-hari yang dilewatinya akhir-akhir ini. Ayu menyatakan kebahagiaan hidupnya pada ketika ini.

“Maaf ya, fasal status Ayu tak boleh cakap banyak. Minta maaf. Tapi yang pasti Ayu sedang lalu saat-saat bahagia pada ketika ini,’’ katanya bersulam tawa.

Kata Ayu, dia tidak mahu bercerita apa-apa tentang status dirinya kerana tidak mahu melibatkan pihak lain. Tak mahu ada hati yang akan marah atau terseksa dengan kenyataannya.

Dan memang itu prinsip yang dipegang sedari dulu lagi. Bahawa dia tidak mahu ada mana-mana hati yang akan terguris akibat kenyataannya. Walaupun mungkin dia sendiri akan menerima beban, dikata, dikutuk dan dikritik hebat namun hal yang satu ini dipelihara kejap sendirian.

“Yang penting saya bahagia dengan apa yang saya ada sekarang. Anak yang semakin membesar, kehidupan yang sederhana dan hal-hal yang manis-manis sahaja,’’ katanya lagi.

Saya kenal siapa Ayu, macam mana kehidupannya dulu dan sekarang. Sejak zaman solonya membawa kepada kehidupan keluarganya sehingga dia mempunyai seorang anak perempuan cantik yang kini sudah berusia lapan tahun.

Dia wanita yang sangat kuat jiwa, cekal dan tabah sekali hatinya. Tidak mudah mengalah dengan kata nista, tidak goyah dengan umpat dan keji.

Banyak hal yang saya tak boleh cerita panjang sebab Ayu sendiri tak suka jaja kisah peribadinya kepada orang lain. Biar bersederhana saja, katanya.

Itu prinsip yang perlu kita hormati. Dan melihat wajah Mas Idayu yang semakin jelita akhir-akhir ini, benarlah tekaan saya yang pada saat ini dia sedang meraih kebahagiaan.

Sudah bertemu orang barukah? Ops...rahsialah. Tapi katanya, dia memang sedang mencanai detik bahagia pada ketika ini.

“Apa yang saya fikir ialah kerjaya sebagai penyanyi, tanpa melibatkan soal hati dan perasaan. Biarlah, saya senang begini,’’ katanya lagi, masih berahsia.

Bagaimanapun kala diajak bicara tetang hal yang bersangkutan dengan kerjayanya, pantas itu juga mulutnya bertukar menjadi bertih jagung.

Ayu kini dalam proses menyiapkan album baru di bawah label sendiri Mas Idayu Production dan sehingga kini 40 peratus dari bahan-bahan awal penerbitannya sudah berjaya dikumpulkan.

Justeru Ramadan kali ini Mas Idayu akan terperap di studio bagi menyudahkan single pertama yang dijangka menemui peminat tidak lama lagi.

Pada ketika irama dangdut semakin terpinggir, apakah ratu dangdut ini sudah berhenti bergelek?

Kata Mas Idayu, dangdut tidak pernah terpisah dari jiwanya. Tetapi yang pasti album baru ini bukan lagi bergantung sepenuhnya kepada irama berkenaan.

“Memang cinta saya kepada dangdut tak pernah mati. Tetapi dalam kehidupan kita kenalah realistik. Zaman sekarang mana ada orang buat album dangdut lagi. Jadi saya pun akan kembali kepada album pop tetapi tetap diselitkan dengan beberapa lagu berirama dangdut sebagai bukti yang cinta saya tak pernah mati kepada irama dangdut,’’ katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.