saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/10/2006

Pure Vibracion duta Aman Malaysia


JOE (tiga dari kanan) bersama Pure Vibracion yang dilantik sebagai duta Aman Malaysia kerana tema keamanan yang diketengahkan menerusi lagu-lagu nyanyian kumpulan itu.


WALAUPUN belum menghasilkan album sendiri, kumpulan reggae Pure Vibracion telah menjadi perhatian banyak pihak termasuklah pertubuhan Malaysians For Peace (Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia).

Kumpulan enam anggota itu boleh berbangga kerana pertubuhan bukan kerajaan yang diterajui oleh Datuk Mukhriz Mahathir itu melantik Pure Vibracion sebagai duta Aman Malaysia kerana menyampaikan lagu-lagu bermesejkan keamanan sejagat.

Vokalis dan gitaris Pure Vibracion, Reggae Joe atau nama sebenarnya Izal Jamaluddin, 28, berkata, dia dan anggota kumpulannya berharap dapat membantu pertubuhan itu menyampaikan mesej keamanan terutama kepada generasi muda.

“Kami dilantik sebagai duta pertubuhan itu selepas beberapa wakil pertubuhan itu mendengar dan tertarik dengan dua buah lagu ciptaan kami yang berjudul Gimme Luv dan Pesan Nenek,’’ kata Joe sewaktu ditemui sempena pengumuman pelantikan Pure Vibracion sebagai duta Aman Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dua buah lagu itu dimuatkan dalam album kompilasi berjudul Journey Man yang berada di pasaran sejak Jun lalu. Ia diterbitkan oleh Deathstar Productions.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengurus Eksekutif Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia, Ram Ganesan Karthigasu.

Jelas Joe, lagu-lagu Pure Vibracion bukan setakat hiburan semata-mata tetapi ia juga menyemai semangat patriotik kepada bangsa dan negara.

“Kami mahu menyemai sikap bangga terhadap negara di kalangan para peminat kami melalui lagu-lagu Pure Vibracion.

“Kami ingin mengajak para pendengar menjauhi dadah. Ini kerana orang sering mengaitkan reggae dengan ganja.

“Selain menghayati muzik reggae, kami harap pendengar juga akan dapat manfaat daripada lirik-lirik yang kami ketengahkan,’’ ujarnya.

Selain Joe, Pure Vibracion turut dianggotai Mie (bassis), Mian (gitaris), Apok (keyboardis), Bakri (percussion) dan Bai (dram).

Menurut Joe, dia yakin muzik reggae yang sudah lama berakar umbi di peringkat antarabangsa mampu diterima oleh para peminat muzik tempatan.

Joe memberitahu, sebelum menubuhkan Pure Vibracion, dia terlebih dahulu menimba pengalaman bermain muzik bersama kumpulan reggae tempatan seperti Republic of Brickfield.

“Bagi saya, muzik reggae mempunyai peminat di seluruh dunia. Sebab itu mesej positif yang diketengahkan dalam sesebuah lagu reggae itu mudah disampaikan kepada para peminat.

“Saya dapati muzik reggae juga mampu menyumbang sesuatu kepada industri muzik kita. Apa yang penting kita tahu hala tuju kita sendiri.

“Sebagai contoh, jika Bob Marley berjaya menyumbangkan bakat dan mesej keamanan untuk negaranya, mengapa pula kita tidak boleh?’’ soalnya dalam nada serius.

Pure Vibracion kini menunggu peluang untuk merakamkan album sulung dengan mana-mana syarikat rakaman yang berminat untuk menerima muzik mereka.

Lagu-lagu mereka yang belum dirakamkan berjudul Mereka Menjerit, Luka-Luka Dunia, In Love, Land Pirate dan Perahu Cina.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.