saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/10/2006

Siti lancar Cerita Cinta - Kemunculan pertama selepas bergelar isteri


SITI Nurhaliza bersama ibu dan ayah tercinta ketika majlis pelancaran album kompilasi terbarunya baru-baru ini. Turut kelihatan Pengarah Urusan SRC, Tan Su Loke (kanan sekali).


APA saja tentang penyanyi bersuara emas ini pasti mendapat perhatian. Perkahwinan meganya Ogos lalu juga mendapat publisiti meluas sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia.

Mula menjadi anak seni 10 tahun lalu, dia terus mencipta nama sehingga berjaya digelar penyanyi nombor satu negara. Persembahan solonya di Royal Albert Hall, London tahun lalu berjaya membuka mata banyak pihak tentang bakat istimewanya. Malah, ratusan anugerah yang berjaya dimilikinya membuktikan dia bukan calang-calang penyanyi sehingga ada yang menggelarkannya ‘legenda dalam ciptaan’.

Itulah Datin Siti Nurhaliza yang berjaya mencipta legasinya tersendiri dan terkenal seantero nusantara. Biar apa pun orang memperkatakan tentang dirinya, dia tetap gah dan terus berdiri.

Jika anda berkata popularitinya akan jatuh merudum selepas berkahwin, fikirkan semula kerana status isteri bukanlah penghalang untuk dirinya terus menjadi bahan bualan peminatnya.

Baru-baru ini, album kompilasi terbarunya, Cerita Cinta Siti Nurhaliza terbitan Suria Records telah dilancarkan di Hotel Armada, Petaling Jaya membuktikan dirinya masih lagi diterima oleh peminatnya. Malah, majlis itu juga merupakan kemunculan pertamanya selepas bergelar isteri.

Istimewanya album kompilasi ini ialah ia turut memuatkan sebuah lagu baru ciptaan Siti sendiri, iaitu Cahaya Cinta yang ditujukan kepada suami tercinta, Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Lagu ini pertama kali didengarkan pada majlis persandingan mereka di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), 28 Ogos lalu.

Cerita Siti, album ini begitu istimewa kerana ia memuatkan lagu-lagu cinta yang menjadi kegemaran peminatnya dan juga dirinya.

“Peminat saya sememangnya menggemari lagu-lagu cinta dan berentak balada nyanyian saya. Jadi lagu-lagu yang terkandung dalam album ini saya tujukan kepada mereka yang menyokong karier saya selama 10 tahun menjadi anak seni,” jelasnya yang kelihatan ceria dan bahagia.

Tambah Siti lagi, keputusan untuk memuatkan lagu Cahaya Cinta dalam album kompilasi tersebut juga atas permintaan peminatnya.

“Selepas saya menyanyikannya pada majlis persandingan saya, ramai peminat bertanyakan bagaimana hendak mendapatkan lagu itu. Setelah berfikir dan demi peminat saya, perbincangan dengan SRC di buat dan kami mengambil keputusan untuk memuatkan lagu tersebut dalam album ini,” cerita pemenang Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik, lapan tahun berturut-turut ini.

*Lagu Mandarin

Selain lagu Cahaya Cinta, antara lagu lain yang dimuatkan ialah Jerat Percintaan, Purnama Merindu, Kau Ku Sayang, Percayalah, Bukan Cinta Biasa dan Wajah Kekasih. Album ini telah berada di pasaran sejak 18 September lalu.

Malah, sebuah lagu Inggeris yang berjudul Because You Loved Me nyanyian asal Celine Dion juga dimuatkan di samping sebuah lagu Mandarin, Yue Liang Dai Biao We De Xin yang pernah dipopularkan oleh mendiang Teresa Tang.

Lagu Mandarin tersebut dimuatkan kerana ia adalah permintaan Pengarah Urusan SRC, iaitu Tan Su Loke sendiri dan lagu tersebut pernah dinyanyikan Siti ketika menghadiri Golden Melody Awards di Taipei, Taiwan beberapa tahun lalu.

*Duet dengan Mawi

Khabarnya untuk album terbaru Mawi nanti, beberapa artis ternama negara akan menjadi pasangan duet juara Akademi Fantasia 3 itu dan salah seorangnya adalah Siti. Apa komen Siti?

“Saya pun baru sahaja tahu tentang hal itu. Secara jujurnya, tiada sebarang perbincangan yang dibuat antara kedua-dua pihak setakat ini. Jika menjadi kenyataan, saya memang tiada masalah untuk berduet dengannya,” ujarnya.

*Kehidupan selepas bergelar isteri

Sudah bergelar isteri selama sebulan, pasti ramai yang bertanya bagaimanakah kehidupan Siti selepas bergelar isteri.

“Tiada perubahan mendadak dalam kehidupan saya sekarang. Dulu semuanya kepada keluarga tetapi sekarang tumpuan lebih kepada suami. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Saya sibuk dengan aktiviti seni dan dia pula sibuk dengan perniagaannya,” jelasnya yang hadir tanpa kehadiran suami Datuk K pada majlis itu.

Mengenai anak pula, Siti menjelaskan, dia dan suaminya tidak merancang.

“Saya bersedia menerima kehadiran cahaya mata. Saya tidak kisah lambat atau cepat dan kami tidak pernah merancang. Malah, kami terima sahaja baik lelaki atau perempuan asalkan bayi itu sihat. Doakan yang terbaik untuk kami,” jelasnya sambil tersenyum.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.