saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 04/10/2006

Ki-moon hampir pasti ganti Annan

SEOUL 3 Okt. – Ahli politik dan diplomat Korea Selatan begitu gembira hari ini selepas Menteri Luar, Ban Ki-moon sekali lagi memperoleh kedudukan teratas dalam pengundian tidak rasmi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Keputusan itu bermakna beliau hampir pasti menjadi Setiausaha Agung PBB yang baru bagi menggantikan, Kofi Annan.

“Saya sangat gembira dengan keputusan pengundian dan pada waktu yang sama, merasakan beban tanggungjawab yang perlu dipikul,” kata Ki-moon kepada agensi berita Yonhap beberapa jam selepas keputusan itu diumumkan.

Diplomat profesional itu mendapat sokongan 14 daripada 15 negara anggota Majlis Keselamatan termasuk lima anggota tetapnya.

Pemimpin politik dan lainnya menganggap keputusan pengundian semalam, bakal disahkan dalam pengundian rasmi pada Isnin depan, sebagai mengesahkan status negara ini di pentas antarabangsa.

“Ini peristiwa yang menggembirakan dan akan membantu menaikkan prestij Korea Selatan. Kami sangat mengalu-alukannya,” menurut kenyataan parti pemerintah, Uri.

Parti Kebangsaan Utama (GNP) menyifatkan pelantikan Ki-moon yang hampir pasti itu sebagai “peristiwa yang dialu-alukan oleh seluruh rakyat Korea dan membuka lembaran baru bagi diplomasi Korea Selatan.”

Presiden Roh Moo-hyun juga melahirkan rasa gembira dengan keputusan pengundian tersebut.

Dalam panggilan telefon kepada Ki-moon, beliau menegaskan, masih ada pengundian rasmi yang perlu dihadapi.

“Saya berharap saudara akan melakukan yang terbaik sampai ke penghujung,” kata Presiden menurut laporan Yonhap.

Dalam kenyataan kepada agensi itu, Ki-moon sekali lagi menekankan salah satu tema kempennya iaitu keperluan untuk badan dunia itu melaksanakan pembaharuan.

“Dalam tempoh kewujudannya sejak 60 tahun lalu, PBB telah membuat sumbangan besar terhadap memelihara keamanan dan keselamatan dunia, membangunkan ekonomi dan masyarakat global di samping melindungi hak asasi manusia,” kata Ki-moon, 62.

“Namun PBB telah mendapat banyak kritikan disebabkan ketidakcekapan dan ketiadaan ketelusan. Tugas yang perlu digalas adalah untuk memperbaharui sekretariat PBB dan menghilangkan rasa curiga dalam PBB.”

Diplomat Korea Selatan di Geneva mengalu-alukan keputusan yang diumumkan pada awal pagi di Korea.

“Saya fikir masyarakat antarabangsa memandang positif status Korea Selatan sebagai sebuah negara yang memelihara keamanan, kemakmuran, hak asasi manusia dan demokrasi, iaitu ideologi-ideologi yang diperjuangkan oleh PBB,” kata Duta Seoul ke PBB, Choi Hyuck.

– AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.