saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/10/2006

Remaja melecur main meriam konkrit

BUKIT MERTAJAM 5 Okt. – Seorang remaja melecur seluruh muka serta kedua-dua belah kaki dan tangannya akibat disambar api ketika bermain meriam konkrit bersama empat rakannya di Kampung Bukit Teh, dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku ketika Muhammad Firdaus Tan, 17, cuba ‘melancarkan’ meriam konkrit sepanjang dua meter dengan diameter berukuran 43 sentimeter - kira-kira sebesar tayar motosikal - yang dibuat sendiri bersama rakan-rakannya itu lebih dua minggu lalu.

Insiden malang itu berlaku apabila pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam itu memasukkan tangan ke dalam meriam tersebut bagi memasukkan lebih empat kilogram karbaid sambil meminta rakannya mencari kayu panjang untuk menjolok bahan itu.

Muhammad Firdaus yang ditemui di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini hari ini berkata, rakannya itu mencari kayu tersebut menggunakan pemetik api berhampiran mulut meriam itu menyebabkan ia tiba-tiba meletup.

Letupan diiringi bunyi dentuman kuat menyebabkan Muhammad Firdaus tercampak kira-kira dua meter sambil meraung kesakitan dengan hampir seluruh mukanya melecur teruk.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, empat lagi rakannya terselamat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.