saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/10/2006

IPU empat negeri tidak sihat

KUALA LUMPUR 8 Okt. Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga kawasan di Johor termasuk Johor Bahru serta Melaka, Pahang dan Terengganu mencatat paras tidak sihat pagi ini.

Bagaimanapun jarak penglihatan di kebanyakan kawasan di Semenanjung meningkat sehingga lapan kilometer berbanding semalam lima kilometer.

Hanya Melaka mencatatkan jarak penglihatan 800 meter.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan memberitahu, Johor Bahru mencatatkan IPU yang paling tinggi iaitu 141 diikuti Balok Baru di Kuantan, Pahang (139), Muar, Johor (135), Kemaman, Terengganu (122), Larkin, Johor (116) dan Bandaraya Melaka (110).

Johor dan Melaka ialah dua negeri di Semenanjung yang terletak paling dekat dengan Sumatera, Indonesia, tempat berlakunya kebakaran hutan dan semak yang menimbulkan asap tebal.

IPU di Sarawak juga semakin pulih dengan bacaan di 10 kawasan di negeri itu mencatat paras sederhana.

Bagaimanapun, jarak penglihatan di Sabah dan Sarawak masih rendah iaitu antara 2.5 kilometer hingga lima kilometer kecuali Kudat mencatatkan jarak penglihatan paling baik iaitu 10 kilometer.

Sebanyak 36 lagi kawasan lain di seluruh negara juga menunjukkan bacaan sederhana, manakala tujuh lagi kawasan mencatat IPU di bawah 50 iaitu baik.

Tujuh kawasan yang mencatat IPU bawah 50 itu ialah Kangar, Langkawi, Labuan, Tanjung Malim, Country Heights Kajang dan Petaling Jaya.

Kualiti udara dianggap baik apabila bacaan IPU berada dalam lingkungan 0-50, sementara sederhana pula dalam lingkungan 51 hingga 100, tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 300).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan memberitahu, pembenihan awan bagi mengatasi masalah jerebu telah dijalankan di Sarawak sejak 3 Oktober lalu dengan bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Selain itu, pembenihan awan di Semenanjung juga dimulakan baru-baru ini menggunakan pesawat Skyvan di kawasan-kawasan yang paling teruk dilanda jerebu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.