saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/10/2006

Melaka wujud Muzium al-Quran pertama di Malaysia

MELAKA 11 Okt. – Muzium Al-Quran yang pertama di Malaysia diwujudkan di Melaka dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai pusat pendidikan, penyelidikan dan rujukan tentang al-Quran.

Muzium yang terletak di Fasa II Kompleks Al-Azim di sini, antara lain mengetengahkan seni mushaf acuan Malaysia melalui pameran al-Quran dan juga manuskrip-manuskrip lama untuk tatapan orang ramai.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, penubuhan muzium itu diharap dapat meningkatkan lagi pemahaman mengenai al-Quran di kalangan masyarakat Islam.

‘‘Ini adalah satu usaha yang baik dalam kita bersama-sama mengupas dan mengkaji al-Quran yang diturunkan Allah untuk membimbing umat Islam ke jalan yang benar.

‘‘Di dalam al-Quran terkandung banyak maklumat jika kita sentiasa berusaha mengkajinya,” katanya pada Majlis Pemashyuran Muzium al-Quran di Kompleks Al-Azim hari ini.

Muzium yang dijangka siap sepenuhnya pada Julai tahun depan ditubuhkan dengan kerjasama Yayasan Restu dan kerajaan negeri Melaka, merupakan muzium yang ke-20 di bawah pentadbiran dan pengurusan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Antara pengisian pameran di muzium itu ialah peragaan beberapa koleksi al-Quran lama Nusantara, koleksi khas ‘Ain’ at-Taqwa, seni mushaf al-Quran dan seni mohor.

Mohd. Ali berkata, kewujudan muzium itu akan menambahkan lagi produk pelancongan di negeri ini yang berteraskan Islam di samping sebagai strategi dakwah kepada para pengunjung.

Selain itu, tambah beliau, penubuhan muzium itu juga memberi banyak faedah kepada rakyat menerusi program-program yang dirancang dijalankan di situ.

Katanya, antara program yang boleh dijalankan termasuklah kursus jangka pendek penulisan khat, kelas tulisan jawi, kelas al-Quran serta kelas mengkaji ilmu yang terdapat dalam al-Quran.

‘‘Semua ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan umat Islam terutamanya generasi muda lahir sebagai umat yang khatam al-Quran dan mengetahui isi kandungannya,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.