saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/10/2006

Seha meninggal akibat kanser paru-paru

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Bekas penyanyi kumpulan Freedom yang juga bekas pengacara rancangan Muzik TV, Norsehah Abu Bakar atau Seha meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Norsehah, 44, menghembuskan nafas terakhir di sisi suaminya, Azmi Tambi Chik, 49, kira-kira pukul 8.30 pagi ini selepas tiga hari dimasukkan ke hospital berkenaan.

Allahyarham meninggalkan sepasang cahayamata, Misha Kyrie Lund, 15, dan Karissa Iris Lund, 11, hasil perkahwinan dengan suami pertamanya, Christopher Lund Abdullah, lelaki berbangsa Inggeris.

Menurut suami Allahyarham, Azmi, isterinya dimasukkan ke Wad Onkologi HKL Isnin lalu dan dijadual menjalani sesi kimoterapi yang ketiga Jumaat ini.

‘‘Semalam isteri saya menjalani sesi kimoterapi kedua dan keadaannya amat letih dan tidak bermaya.

‘‘Selepas rawatan dia asyik tidur dan hanya bangun untuk makan tengah hari serta minum petang,’’ katanya ketika ditemui di rumah adik lelaki Allahyarham, Mohd. Nurbi di Taman Kesuma, Ampang, di sini hari ini.

Azmi yang menikahi Seha sejak tiga tahun lalu berkata, beliau meninggalkan isterinya di wad berkenaan pukul 5 petang semalam dan dimaklumkan mengenai keadaan Seha yang kritikal oleh pihak HKL pada pukul 8 pagi ini.

Menurut Azmi, sebaik tiba di HKL pukul 8.20 pagi, beliau melihat Seha tidak sedarkan diri dan bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan hayat.

Seha telah bersama kumpulan Freedom selama tujuh tahun sejak penubuhannya dan, bersama rakan duetnya Shuaib Shaari yang popular dengan lagu seperti Mulanya Di Sini dan Persamaan.

Usaha itu bagaimanapun terkandas di pertengahan jalan dan Seha aktif pula sebagai pengacara Muzik TV.

Allahyarham bagaimanapun mengundurkan diri sebagai pengacara kerana mahu menumpukan perhatian kepada tugasnya di Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan sibuk menyelenggara Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk beberapa tahun.

Selepas itu, syarikat milik Allahyarham, Treelm menerbitkan album pendatang baru dalam dunia nyanyian, Nurhuda Abdul Rahman.

Sementara itu, Shuaib, 48, berkata, kali terakhir beliau berjumpa dengan Seha ialah sebelum bulan puasa di HKL.

‘‘Ketika melawat dia nampak okey. Masih boleh cakap dan kelihatan gembira dan dia tak nampak sakit,’’ katanya.

Shuaib menyifatkan Seha sebagai seorang yang periang, senang didekati, penghibur yang bagus serta mahir memilih lagu yang boleh membangkitkan semangat penonton ketika mengadakan konsert.

Katanya, mereka memang ada rancangan untuk pulang ke kampung Seha di Air Putih, Kuantan, pada hari raya ketiga dan keempat.

Dalam pada itu, beberapa rakan artis termasuk Samantha Schubert, Nurul Ajai, Deja Moss dan beberapa bekas anggota Freedom turut menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman Nurbi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang selepas solat Zuhur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.