saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 14/10/2006

Tarif air di Lembah Klang dinaikkan 15 peratus- Keng Yaik

KUALA LUMPUR 14 Okt — Kadar tarif bekalan air di Lembah Klang akan dinaikkan sebanyak 15 peratus, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.

Namun begitu, beliau memberi jaminan bahawa kenaikan itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah yang mewakili 42 peratus daripada jumlah penduduk di kawasan itu.

Cadangan kenaikan kadar itu dipersetujui pada mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas, kata Dr Lim kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Gerakan di sini, hari ini.

Beliau berkatam tarikh penguatkuasaan kenaikan kadar itu akan diumumkan kerajaan Selangor nanti.

Dr Lim berkata, kerajaan telah bersetuju terhadap permintaan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk menaikkan tarif air selepas audit oleh Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa syarikat itu telah berjaya mengurangkan air tanpa hasil (NRW) sebanyak lima peratus.

Syabas, anak syarikat Puncak Niaga Holdings mengambil alih operasi bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 1 Jan tahun lepas selepas penswastaan Perbadanan Urus Air Selangor (Puas).

Di bawah perjanjian konsesi, Syabas disyaratkan untuk mengurangkan paras NRW sebanyak lima peratus dalam tahun pertama operasi sebelum ia boleh dibenarkan menaikkan kadarnya.

Dr Lim menjelaskan bahawa Syabas menanggung hutang sebanyak RM2.3 bilion selepas mengambil alih Puas di bawah urus niaga penswastaan itu dan malah keuntungan sebanyak RM200 juta yang dilaporkan tahun lepas, masih tidak mencukupi untuk menampung hutang tersebut.

Puas menanggung kerugian sebanyak RM60 juta sebulan atau antara RM600 juta sehingga RM700 juta setahun, menyebabkan syarikat itu berhutang sebanyak RM2.3 bilion dengan tiga syarikat rawatan air.

“Masalah itu masih ada. Syabas menanggung hutang RM2.3 bilion daripada Puas dan mereka perlu membayar semua ini. Mereka membayar hutang ini dengan cara mengurangkan NRW dan meningkatkan keuntungan mereka,” katanya.

Dr Lim berkata, kerajaan masih perlu membayar pampasan kepada Syabas tahun ini kerana mereka sepatutnya boleh menaikkan tarif air pada Januari tahun ini selepas memenuhi syarat itu.

Bagaimanapun, ia tertangguh berikutan proses audit yang dijalankan Ketua Audit Negara untuk menentukan sama ada Syabas telah memenuhi syarat pengurangan NRW sebanyak lima peratus.

“Ketua audit negara hanya siap audit itu bulan ini,” katanya.

Katanya, kerajaan masih perlu membayar Syabas pampasan berjumlah RM152 juta jika tarif baru itu berkuatkuasa bulan depan. Ini kerana di bawah perjanjian konsesi, syarikat itu akan menerima bayaran tunggakan kenaikan tarif air bermula dari tarikh konsesi itu berkuatkuasa.

“Kerajaan juga perlu membayar RM170 juta tahun depan, RM190 juta pada 2008 jika ia tidak membenarkan tarif air dinaikkan sebanyak 15 peratus tahun ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kenaikan sebanyak 15 peratus tidak akan menjejaskan mereka yang menggunakan kurang daripada 20 meter padu air sebulan, manakala mereka yang menggunakan antara 20 dan 25 meter padu akan menyaksikan sedikit peningkatan sebanyak tujuh peratus.

Katanya, berdasarkan kajian kementerian, kira-kira 42 peratus penduduk di Lembah Klang menggunakan kurang daripada 20 meter padu air sebulan, manakala 28 peratus menggunakan kurang 25 meter padu sebulan.

Beliau juga berkata, kajian kementerian itu juga menunjukkan bahawa sebuah keluarga dengan lima anggota menggunakan kurang daripada 30 meter padu air sebulan.

“ Ini bermakna tidak ada kenaikan langsung kepada mereka yang menggunakan kurang daipada 20 meter padu, manakala mereka yang menggunakan kurang daripada 25 meter padu air sebulan akan mengalami kenaikan minimum,” katanya.

Ditanya bila tarif baru air itu akan berkuatkuasa, Dr Lim berkata, “kita perlu berbincang bila untuk menguatkuasakannya. Saya masih berbincang dengan kerajaan Selangor bila untuk mengumumkannya”. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.