saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 15/10/2006

‘PBB perlu menyumbang’ -- Ki-moon disah Setiausaha Agung baru


BAN KI-MOON (kiri) berbual dengan Kofi Annan selepas disahkan sebagai Setiausaha Agung yang baru oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, semalam. – AFP.


NEW YORK 14 Okt. – Menteri Luar Korea Selatan, Ban Ki-moon menerima sokongan padu untuk mengetuai Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bagi tempoh lima tahun akan datang dan beliau menerima jawatan itu dengan menegaskan, badan dunia itu perlu “kurang berjanji dan lebih memberi sumbangan.”

Diplomat kerjaya berusia 62 tahun itu akan menggantikan Kofi Annan dari Ghana pada 1 Januari ini dan akan menjadi Setiausaha Agung kelapan badan dunia ini, serta yang pertama dari Asia selepas U Thant dari Myanmar yang memimpin PBB dari tahun 1961 hingga 1971.

“Saya berasa sangat terhormat menjadi orang Asia kedua mengetuai organisasi ini,” kata Ki-moon di Perhimpunan Agung PBB selepas pemilihannya di sini, semalam.

“Kejayaan sebenar PBB bukan terletak pada berapa banyak janji, tetapi berapa banyak yang kita boleh berikan kepada golongan yang paling memerlukan,” katanya.

Beliau menambah: “PBB lebih diperlukan kali ini berbanding dahulu.”

Ki-moon yang berperwatakan sederhana pernah memainkan peranan penting sebagai Menteri Luar Korea Selatan dan Duta di PBB serta terbabit dalam usaha penyelesaian program nuklear Korea Utara.

Pemilihan Ki-moon semalam lebih merupakan proses formaliti selepas Majlis Keselamatan Isnin lalu mencadangkan beliau sebagai pengganti Annan.

Beliau merupakan calon tunggal selepas enam pesaingnya menarik diri.

Annan pula mengucapkan tahniah kepadanya dengan menyifatkan diplomat Korea selatan itu sebagai “seorang lelaki dengan minda global sebenar” dan “mempunyai kelayakan luar biasa.”

– AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.