saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/10/2006

Aishah kembali bersama Sony BMG


Tekun... sebahagian peminat yang mengikuti Bengkel Kraftangan Bersama Aishah, baru-baru ini.


“Bagai sirih pulang ke gagang” - itulah ungkapan yang sesuai bagi penyanyi bersuara lunak dan mantap, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah yang kini kembali menjadi artis rakaman Sony BMG selepas meninggalkan syarikat rakaman itu selama 10 tahun.

Sempena itu, peminat setia penyanyi ini boleh mendapatkan album terbarunya yang akan dipasarkan pada November depan. Malah, album yang dinanti-nantikan ini bakal menyaksikan gandingan semula Aishah bersama penerbit dan komposer tersohor yang pernah meledakkan namanya di persada seni tanah air iaitu Adnan Abu Hassan.

Sebelum muncul sebagai penyanyi solo, Aishah terlebih dahulu mencipta nama di New Zealand bersama kumpulannya, The Fan Club. Mereka pernah menghasilkan dua buah album iaitu Sensation (1988) dan Respect the Beat (1989). Malah, single pertama dari album kedua mereka berjudul Don’t Let Me Fall Alone pernah menduduki tangga kedua di carta Billboard 100 pada tahun itu.

Setelah kumpulan itu berpecah, Aishah kembali ke tanah air dan merakamkan album solonya yang pertama pada tahun 1990 berjudul Aishah dengan menampilkan lagu-lagu hits seperti Janji Manismu dan Camar Yang Pulang. Malah lagu Janji Manismu berjaya memenangi anugerah Juara Lagu 1990 terbitan TV3.

Kemudian, Aishah terus mencipta nama dan berjaya melahirkan lima buah album lagi iaitu Aishah II (1991), Aishah III... Asia Sedunia (1992), Klasik (1993), Wajah (1995) dan Merenung Bulan (1996) dengan keseluruhan penjualan sebanyak 500,000 unit.

Diminati

Menurut Pengarah Urusan Sony BMG Music Entertainment, Adrian Lim, pemilihan Aishah sebagai artis rakaman Sony BMG Music Entertainment adalah berdasarkan permintaan ramai yang setia menantikan album terbaru daripada penyanyi ini.

“Lagu-lagu lamanya masih lagi diputarkan di corong-corong radio. Itu membuktikan Aishah masih lagi diminati dan saya percaya kredibiliti Aishah masih lagi diperlukan dalam industri muzik Malaysia. Penyanyi berbakat besar seperti Aishah tidak harus dipersiakan begitu sahaja,” jelasnya.

Album terbaru itu nanti akan mempertaruhkan lagu Melukut Di Tepi Gantang sebagai single pertama yang kini menjadi lagu tema drama bersiri berjudul Seputih Qaseh Ramadhan yang sedang ditayangkan TV3.

Nafas baru

Album yang mengekalkan konsep pop ini membariskan lagu-lagu baru yang pastinya hebat. Istimewanya album ini, Aishah turut menyanyikan semula lagu-lagu lama yang diberi nafas baru seperti Songkok Mereng, Tiada Lagi Tangisan dan Daun Berguguran. Tidak ketinggalan, Aishah turut membawakan sebuah lagu patriotik berjudul Barisan Kita dengan cara tersendiri.

Selain terkenal dengan suara lunaknya, Aishah juga berkebolehan menghasilkan barangan kraftangan yang menarik dan unik. Dengan bakatnya itu juga, baru-baru ini bertempat di Avail Beauty, Keramat Permai, Kuala Lumpur, Aishah telah meluangkan masa dalam Bengkel Kraftangan Bersama Aishah bersama 60 peminatnya.

Bengkel kraftangan selama dua jam setengah itu, mengajar cara-cara membuat gelang, rantai leher dan subang dengan menggunakan bahan-bahan seperti mutiara, AB White Swarovski, Butterfly, diamante, separator dan claps. Semuanya diajar oleh Aishah sendiri.

Menurut Pengurus Pusat Avail Beauty, Nor Mahiran Yusoff, sambutan yang diberikan oleh peminat-peminatnya adalah di luar jangkaan.

“Disebabkan sambutan hangat yang diberikan, kami bercadang menganjurkan bengkel seperti ini lagi pada setiap minggu. Mungkin untuk membuat hantaran perkahwinan dan kraftangan yang lain pula,” jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.