saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/10/2006

Ikhwal Hafiz bintang yang bakal berkilau

PERSEMBAHAN Seroja - A Ramadan Musical di Palace of the Golden Horses, Serdang, Selangor baru-baru ini bukan sekadar menampilkan penyanyi popular seperti Ramli Sarip dan Mawi yang sudah terbukti kehebatannya.

Tetapi apa yang paling mencuri perhatian penonton ialah kemunculan bakat muda, Ikhwal Hafiz Ismail atau Ikhwal.

Mendengar vokal Ikhwal tanpa melihat orangnya, pasti ramai yang tidak menyangka usianya baru 14 tahun. Vokal Ikhwal matang dan berkarisma, mampu menjentik emosi penonton.

Malam itu ramai tertanya-tanya siapakah Ikhwal?

Ikhwal sebenarnya pernah membuat persembahan bersama penyanyi popular Siti Nurhaliza dan Mawi. Ini banyak membantu kematangan vokalnya.

Malah anak cilik ini pernah terlibat dengan Konsert Amal PERNIM dan Konsert Masrah Hijrah di Istana Budaya tahun ini.

Kata Ikhwal yang mula serius menyanyi ketika berumur empat tahun, dia hanya mengikuti kelas vokal tahun ini. Itu pun katanya hanya untuk tempoh dua bulan.

“Ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan kepada saya dalam bidang ini,” jelas anak bongsu daripada dua beradik itu.

Apa yang membanggakan penyanyi muda itu apabila dia berjaya menjuarai pertandingan Pesta Discovery Radio Era BERNAS tahun lalu.

Ini kerana pertandingan tersebut terbuka hanya untuk peserta yang berumur 18 tahun ke atas.

Namun jelas Ikhwal dia layak bertanding selepas memohon kerjasama penganjur untuk menyertainya.

Menyingkap latar belakang Ikhwal, tidak hairanlah Ikhwal memiliki vokal hebat. Bakatnya itu diwarisi daripada ayahnya yang merupakan seorang bekas penyanyi kumpulan rock terkenal satu masa dulu.

Bakat Ikhwal sebagai penyanyi ternyata mendapat perhatian syarikat rakaman. Kini Ikhwal sibuk di studio rakaman untuk proses album pertamanya. Penyanyi muda yang bersekolah persendirian itu baru sahaja selesai merakamkan dua lagu iaitu Kau Hanya Manusia dan Taman Asmara.

Bersesuaian dengan usianya, konsep album Ikhwal itu lebih terjurus kepada lagu-lagu pop yang berunsurkan lirik ketuhanan dan remaja.

Mengulas lanjut, Ikhwal memberitahu album tersebut bakal diterbitkan oleh Mus May di bawah naungan syarikat rakaman Johan Music.

Ikhwal yang menjadikan Mus sebagai idola selain Ramli Sarip dan Gun ‘N’ Roses mengakui cintanya terhadap bidang nyanyian memang mendalam.

“Namun saya ingin mempelbagaikan cabang seni dan bukannya tertumpu kepada bidang nyanyian semata-mata. Demi masa depan, saya ingin berjaya sebagai komposer, penulis lirik selain bidang lakonan,” katanya serius.

Bagaimana pun Ikhwal mengakui dia perlu fokus terhadap satu bidang terlebih dahulu agar perjalanan seninya lebih teratur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.