saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/10/2006

Maria cemburu kemesraan anak dan suami


KELUARGA bahagia...Maria Tunku Sabri bersama suami, Ahmad Nazri Abd. Malek dan anak sulung mereka, Amreel Nuqman di hadapan rumah dua tingkat milik mereka di USJ, Subang Jaya, Selangor.


BILA melihat rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) yang disiarkan di TV3 setiap Rabu 9 malam, tidak boleh tidak kita pasti akan bercakap tentang hosnya, Maria Tunku Sabri, 35.

Maria Tunku Sabri atau lebih senang dipanggil Maria sudah begitu sinonim dengan rancangan yang mempromosikan masakan yang lazat-lazat di seluruh Malaysia itu.

Melihat JJCM kita bukan setakat mendengar mulut Maria yang becok malah bila melihat Maria makan di restoran-restoran pilihan yang menghidangkan pelbagai jenis masakan, perut yang kenyang menjadi lapar.

Lapan tahun mengendalikan rancangan tersebut bukanlah satu jangka waktu yang pendek. Anak yang bayi sedar-sedar sudah besar dan begitulah yang dialami Maria.

Disebabkan sibuknya dengan rancangan tersebut tanpa disedari Amreel Nuqman anak hasil perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Ahmad Nazri Abd. Malik, 42, sudah berusia 8 tahun.

“Kadang-kadang saya sendiri tak sedar yang Nuqman dah besar. Iyalah sejak kecil dia saya tinggalkan bersama suami. Sakit peningnya suami saya yang jaga kerana saya sibuk dengan tugas.

“Biarpun begitu saya tetap bersyukur kerana dapat menjalankan tugas yang diberikan oleh TV3 dengan penuh tanggung jawab. Cuma kadang-kadang saya cemburu dengan suami saya,” cerita Maria Tunku Sabri ketika ditemui di kediaman mereka di USJ Subang Jaya baru-baru ini.

Apabila ditanya apakah yang menyebabkan dia cemburukan suaminya, tanpa teragak-agak Maria berkata;

“Mana saya tak cemburu, kadang-kadang bila saya cuba berbual atau bermesra dengan Nuqman dia buat tak tahu aje. Kadangkala saya rasa saya ni macam bukan mummy dia.

“Perasaan cemburu seorang ibu semakin tidak dapat dibendung apabila saya melihat Nuqman begitu mesra dengan daddynya.

“Bila memikirkan itu semua saya rasa terkilan juga, tapi...setelah memikirkan tanggungjawab dan Nazri adalah ayah Nuqman saya dapat pujuk hati sendiri.”

Sementara itu, Ahmad Nazri yang turut sama dalam temubual itu tersenyum seketika apabila mendengar luahan hati isteri tercinta sambil berkata;

“Sebenarnya apabila Maria terlalu sibuk di lokasi JJCM saya gelabah juga. Sebabnya apabila Nuqman demam saya tidak tahu nak buat apa.

“Mulanya saya hubungi juga Maria tetapi apabila memikirkan dia berada di luar Kuala Lumpur saya jaga sendiri. Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyesuaikan diri menjadi ibu dan ayah kepada Nuqman.”

Waktu mengandung

Menurut Maria, disebabkan sibuk dengan tugasnya sebagai hos JJCM, beliau merasakan tidak begitu teruja apabila dirinya disahkan mengandung anak kedua mereka.

“Pada empat bulan pertama saya mengandungkan anak kedua ini, saya rasa seronok tetapi selepas itu disebabkan sibuk saya tak begitu teruja.

“Sebaliknya suami saya yang begitu teruja dan tak sabar-sabar menanti kelahiran anak kedua kami. Saya berdoa semoga anak kedua ini biarlah perempuan, jadi bila dah ada sepasang anak cukuplah,” kata Maria yang dijangka melahirkan anak keduanya pada hari raya pertama.

JJCM diminati semua kaum

BAGI Maria Tunku Sabri, dia tidak pernah menduga rancangan JJCM yang telah masuk musim ke-sembilan bukan sahaja diminati oleh kaum Melayu malah kaum Cina juga menonton dan meminatinya.

Sebab itu tidak hairanlah ke mana sahaja Maria pergi tidak kira kaum Melayu atau Cina, dia akan dipanggil Maria JJCM.

Bukan itu sahaja, malah ada yang sanggup bertanya kepadanya tentang rasa keenakan masakan sesebuah restoran itu sebelum berkunjung ke sana.

“Seronok juga rasanya apabila rancangan kita ditonton dan dihargai oleh semua kaum. Sebab itu walaupun saya dah sarat lapan bulan tetapi saya tidak rasa penat sebaliknya semakin seronok menjalankan tugas sebagai hos, pengacara dan penerbit di lokasi,” cerita Maria mengenai rancangan terbitan Hamsiah Biri itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.