saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/10/2006

Robots versi Melayu di Astro


BARISAN selebriti yang meminjamkan suara mereka untuk watak-watak dalam filem Robots versi Melayu.


SEBELUM ini kita sudah menonton filem animasi Robots arahan Chris Wedge yang diterbitkan oleh Blue Sky Studios edaran 20th Century Fox itu.

Kita juga sudah biasa mendengar suara Ewan McGregor untuk watak Rodney Copperbottom, Robin Williams (Fender), Halle Berry (Cappy) dan Mel Brooks (Bigweld).

Namun sempena sambutan Hari Raya ini pihak Star Movies ingin memberi kelainan kepada penonton-penonton dengan menyiarkan filem Robots dalam bahasa Melayu.

Robots versi Melayu boleh ditonton pada pukul 10 malam, 29 Oktober ini menerusi saluran Astro 42 dan dijangka diulang tayang pada awal November.

Antara selebriti tempatan popular yang terpilih menggantikan suara pelakon Hollywood untuk filem Robots versi Melayu ialah Aznil Haji Nawawi (Rodney Copperbottom), AC Mizal (Fender), Sazzy Falak (Cappy) dan Aziz Sattar (Bigweld).

Lain-lain pelakon yang dipilih untuk menjayakan suara watak dalam filem Robots ialah S.Azli, Zahid, Nana, Lotter, Shahila Harun Shah, Diddy, Eliza, Zainal Alam, Amirul dan ramai lagi.

Menurut Pengarah Pemasaran Star Regional (SEA) Pte. Ltd. (Malaysia), Ong Hsieh Lien, usaha mengalih suara filem Robots ke bahasa Melayu adalah untuk memenuhi kehendak penonton setempat.

“Kita tahu semua orang sudah menonton Robots versi Inggeris dan adalah menjadi hasrat kami untuk membawa mereka melihat kelainan pada filem tersebut.

“Projek untuk mengalih suara filem sudah lama difikirkan dan Robots merupakan filem yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga pada musim perayaan ini. Di masa akan datang, kami mungkin terbitkan lebih banyak lagi filem animasi versi bahasa Melayu,” katanya.

Kata Ong, untuk memilih pemegang watak utama pihak mereka mendapat kerjasama daripada Astro. Malah skrip asal filem Robots juga dialih suara oleh unit produksi Astro.

Tambah Ong lagi, meskipun kebanyakan selebriti tidak menjalani uji bakat untuk disesuaikan dengan karakter dalam filem Robots namun mereka mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan baik.

Tambahnya, sewaktu dalam studio nama-nama popular seperti Aznil, Sazzy Falak, AC Mizal, Azean Irdawaty, Azizah Mahzan, Aziz Sattar dapat menyampaikan setiap watak dengan berkesan.

“Apa pun tumpuan lebih sikit diberikan kepada bekas-bekas pelajar Akademi Fantasia sebab bidang ini sesuatu yang baru bagi mereka. Namun mereka juga telah melakukannya dengan terbaik,” katanya tentang proses mengalih suara yang mengambil masa selama dua minggu yang dilakukan pada awal September lalu.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Bahagian Melayu Astro, Molina Musa berkata, usaha yang dilakukan oleh Star Movie’s adalah sesuatu yang menarik.

Tayangan Robots versi bahasa Melayu itu antara lain, kata Molina, adalah untuk menarik perhatian pelanggan agar melanggan pakej filem yang disediakan di saluran Astro.

“Selama ini kami tengok pelanggan terutama bangsa Melayu berat hendak mengambil pakej filem yang disediakan di Astro. Kami harap dengan adanya filem versi Melayu lebih ramai pelanggan akan mengambil pakej filem,” katanya yang turut memuji langkah Star Movie’s yang menyediakan sarikata bahasa Melayu untuk filem-filem Inggeris yang ditayangkan.

Bagaimanapun, kata Molina, bagi yang ingin menonton Robots versi asal, mereka masih boleh mengikutinya dengan memilih bahasa yang diingini.

*Komen peminjam suara

AZNIL

Bagi Aznil, pemilihannya untuk melakonkan watak Rodney adalah satu pengalaman yang baru. Walaupun Rodney adalah seorang remaja namun Aznil tidak menghadapi masalah untuk melakonkannya.

“Rodney seorang yang berbudi bahasa dan cakapnya lemah lembut. Robots asal dan yang baru ini berbeza kerana bahasa. Bila menggunakan bahasa Melayu tentulah jiwa Melayu yang diserapkan dalam watak itu.

“Apa pun filem Robots ini tidak mewakili mana-mana bangsa, jadi senang untuk saya menjiwai watak Rodney,” katanya terus terang.

AC MIZAL

AC Mizal yang membawa watak Fender berkata dia perlu bertutur pantas demi watak tersebut.

“Kadang-kadang tergeliat juga lidah bertutur sebab saya perlu samakan dengan gerakan bibir watak itu. Apa pun saya gembira diberi peluang menjayakan filem Robots versi Melayu ini,” katanya.

SHAZZY

Shazzy yang sering melakukan voice over (VO) untuk beberapa program berkata, pengalaman untuk Robots berbeza.

“Berbeza sangat antara VO dan alih suara ini. Bukan itu sahaja, bila dialih suara bahasa yang digunakan panjang dan pada waktu yang sama kita perlu ikut gerak bibir watak.

“Mula-mula rasa susah juga tapi lama kelamaan timbul perasaan seronok dan bila sudah dapat menjiwai watak itu, rasa sekejap sahaja,” cerita Shazzy tentang pengalaman di dalam studio.

ROSTAM

Rostam, penyampai Radio Era yang memegang watak Diesel dan Ratchet berkata, “Belum pernah saya kehilangan suara sewaktu bertugas di konti. Tapi, tiba-tiba buat Robots, suara hilang. Ini satu pengalaman yang menarik dan saya puas hati dengan apa yang dilakukan.”

AZIZAH MAHZAN

Azizah Mahzan yang membawa watak Mrs. Copperbottom berkata, sewaktu awal proses alih bahasa dia merasa gementar. Ini kerana pertama kali dia berpeluang bekerja untuk filem animasi.

“Berbeza sungguh dengan drama. Bagaimanapun setelah saya menonton dan menjalani proses alih suara, saya rasa terhibur dan gembira membawa watak tersebut,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.