saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/10/2006

Banjir kilat melanda Baling, P. Pinang

BALING 20 Okt. – Persiapan lebih 700 penduduk di 12 buah buah kampung di daerah ini untuk menyambut Aidilfitri musnah apabila banjir melanda ketika mereka sedang menunggu untuk berbuka puasa lewat petang ini.

Banjir berlaku apabila air dari Sungai Kupang, Sungai Kuda Kuang dan Sungai Tiak melimpah ke kampung berkenaan berpunca daripada hujan lebat selama tiga jam sejak pukul 4 petang ini.

Di Kampung Padang dan Kupang, sekurang-kurangnya 30 keluarga tidak sempat menyelamatkan barangan selepas rumah mereka dinaiki air lebih satu meter pada pukul 7 malam ini.

Lain-lain kampung yang ditenggelami air ialah Kampung Charuk Kangar, Kampung Pak Bong, Kampung Pisang dan Kampung Banggol Chicar, Kampung Hangus, Kampung Kemangi, Kampung Padang Lengkuas dan Pekan Baru Kupang, Kampung Tiak, Kampung Iboi dan Kampung Bokbak.

Seorang suri rumah, Hasnah Ahmad, 43, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan peralatan rumah termasuk kuih untuk persiapan hari raya.

‘‘Semua persediaan menyambut Aidilfitri habis dihanyutkan air yang naik begitu cepat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Di Kampung Padang dan Kupang pula, sekurang-kurangnya 20 keluarga di kampung itu terkepung selepas air naik dengan cepat berikutan hujan lebat selama tiga jam.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Padang dan Kupang, Ibrahim Ismail berkata, penduduk terkejut apabila air naik mendadak menyebabkan mereka gagal menyelamatkan harta benda.

Seorang penduduk, Ishak Ahmad, 53, berkata, dia dan keluarganya terpaksa berbuka puasa dalam banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayu, Mohd. Salleh Yaakob pula berkata, pihak berkuasa perlu membuat bancian terhadap kerugian yang dialami oleh penduduk kampung itu.

Sementara itu di PULAU PINANG, Bernama melaporkan, beberapa kawasan di sekitar Georgetown dan perkampungan di Seberang Perai turut dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak awal petang ini.

Air mula menenggelami beberapa kawasan rendah sejak pukul 6.30 petang menyebabkan kebanyakan jalan utama di sekitar Georgetown sesak dengan kenderaan yang cuba mengelak laluan yang terlibat banjir.

Ketua Polis Negeri, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata, antara kawasan yang teruk dinaiki air ialah Jalan P. Ramlee, sebahagian Jalan Perak, Kampung Dodol, Ayer Itam dan Farlim.

Beliau berkata, berpuluh-puluh kenderaan yang diletakkan di tempat meletak kereta di sekitar Farlim ditenggelami air.

Di Seberang Perai, kata beliau, beberapa kampung di kawasan Bumbung Lima, Kepala Batas dan Permatang Pauh turut dinaiki air.

Bagaimanapun, air di beberapa kawasan mulai surut ketika ini setelah hujan reda dan pihak polis masih memantau perkembangan ini untuk memastikan keselamatan orang ramai, katanya.

Polis turut menempatkan anggotanya di persimpangan Jalan P. Ramlee, Jalan Perak dan Sungai Pinang untuk menyuraikan lalu lintas di situ.

Tinjauan mendapati Jalan P. Ramlee ditutup kepada lalu lintas setelah dinaiki air separas pinggang. Lebih 20 rumah turut dimasuki air.

Kenderaan yang bergerak ke arah jalan itu terpaksa dilencongkan ke Jalan Sungai Pinang dan Jalan Perak bagi meneruskan perjalanan keluar dari Georgetown.

Di Jambatan Pulau Pinang pula, kenderaan bergerak perlahan petang ini setelah hujan lebat menyebabkan pemandangan tidak begitu jelas.

Kebetulan pula, ketika itu banyak kenderaan mulai keluar dari bahagian pulau ke arah tanah besar untuk pulang berhari raya atau menyambut Deepavali di kampung halaman masing-masing.

Tinjauan di Plaza Tol Juru juga mendapati kenderaan beratur panjang dan laluan dari arah selatan menuju ke plaza tol itu sesak setelah berlaku kemalangan membabitkan beberapa buah kenderaan semasa hujan lebat.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.