saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 27/10/2006

Yayasan Restu kembalikan penggunaan cop mohor

PERNAHKAH kita terbayang memiliki cop mohor sendiri seperti mana yang sering digunakan oleh golongan pembesar dan pemerintah? Impian itu berjaya direalisasikan andai usaha Yayasan Restu untuk mengembalikan semula penggunaan cop mohor mendapat perhatian daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa melancarkan Seni Mohor Negara dan Penubuhan Arkib Seni Mohor Negara memuji langkah Yayasan Restu memartabatkan seni mohor dan memulakan penyalinan manuskrip al-Quran beriluminasi penuh dengan motif seni yang berjaya menghasilkan al-Quran mushaf Malaysia dalam pelbagai saiz.

Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa berkata, setelah 13 tahun membuat kajian mengenai khat dan jawi serta menyalin semula al-Quran, pihaknya mendapati kekuatan orang Melayu terletak pada tulisan Jawi. Bagaimanapun, penggunaan tulisan rumi dan bahasa Inggeris secara meluas menyebabkan tulisan jawi semakin pupus.

“Kerajaan mengadakan banyak usaha untuk memartabatkan tulisan jawi supaya orang Melayu dapat mengekalkan jati diri mereka. Dan jalan penyelesaian terbaik ialah orang Melayu mesti mempunyai tandatangan Jawi.

“Dengan adanya cop mohor, orang Melayu mempunyai warisan yang boleh dibanggakan. Insya-Allah, penggunaan cop mohor akan dikembangkan supaya setiap orang Melayu mempunyai cop sendiri dan boleh diguna pakai sebagai cop rasmi dalam segala urusan,” jelasnya.

Mohor atau dikenali sebagai meterai, tera dan cap merupakan perkara penting di dalam sesuatu warkah. Malah ia merupakan sunah Rasulullah sebagaimana yang dilihat pada warkah Baginda kepada maharaja Rom, Parsi dan Mesir.

Menurut beliau, mencungkil keindahan Islam dan meningkatkan hubungan dengan al-Quran sememangnya menjadi matlamat utama penubuhan Yayasan Restu. Bagi meneruskan kesinambungan meneruskan usaha tersebut, penampilan cop mohor diharap menjadi titik tolak ke arah memartabatkan tulisan jawi hingga ke peringkat antarabangsa.

“Yayasan Restu yang ada kepakaran dalam bidang ini dan digabungkan dengan penggunaan teknologi berupaya menghasilkan cop mohor berkualiti tinggi. Pameran-pameran yang diadakan bukan setakat terhad di Malaysia tetapi seluruh dunia dan digunakan secara meluas untuk menegakkan bahasa al-Quran.

“Saya berharap, kita dapat menjadikan penggunaan cop mohor suatu realiti supaya orang Melayu mempunyai identiti tersendiri,” katanya.

Orang ramai yang berminat menempah cop mohor boleh mengunjungi Kompleks Taman Seni Islam Selangor di Shah Alam. Harga promosi adalah antara RM80 hingga RM500 bergantung pada jenis bahan yang digunakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.