saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/10/2006

Tren STAR-LRT nyaris terjunam


KOC STAR-LRT hampir terjunam selepas ia melanggar penghadang konkrit di stesen perhentian terakhir STAR-LRT Sentul Timur, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Azlan Bahrum.


KUALA LUMPUR 27 Okt. – Seorang pemandu Sistem Transit Aliran Ringan (STAR-LRT) menempuh pengalaman mencemaskan apabila tren yang dipandunya terbabas melewati penghadang konkrit dan tergantung pada ketinggian hampir 25 meter dari jalan raya di Stesen Sentul Timur di sini, hari ini.

Satu daripada enam koc STAR-LRT yang datang dari arah Ampang itu hampir-hampir menjunam ke atas jalan raya di stesen tersebut dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.11 pagi.

Tiada penumpang dilaporkan berada di dalam tren tersebut ketika nahas berlaku.

Pemandu berkenaan dilaporkan hanya cedera ringan.

Difahamkan, sebelum kejadian pemandu terbabit yang baru menurunkan penumpang di Stesen Sentul Timur dikatakan hendak menukar haluannya ke Ampang semula.

Bagaimanapun, dia dipercayai gagal mengawal pemanduannya. Tren berkenaan tiba-tiba bergerak laju sebelum merempuh dan memusnahkan tembok penghadang konkrit yang panjangnya kira-kira 84 meter di hujung landasan stesen berkenaan.

Saksi kejadian itu, Mohd. Rashidi Md. Zin, 50, memberitahu, dia melihat tren tersebut yang datang dari arah Ampang bergerak laju secara tiba-tiba selepas menurunkan penumpang.

‘‘Saya tergamam dan terperanjat mendengar bunyi dentuman kuat diikuti dengan gerabak LRT menggelongsor dan hampir terjunam.

‘‘Saya pun menjerit dan bertakbir Allahuakhbar kerana khuatir akan berlaku perkara yang tidak diingini,’’ katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohd. Rashidi yang merupakan penduduk Bandar Baru Sentul bersyukur kerana hanya sebahagian gerabak Star-LRT terlajak dari landasan berkenaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ng Lip Yong ketika ditemui pemberita berkata, kejadian itu adalah pertama kali seumpamanya di kawasan Bandar Baru Sentul.

Beliau meminta pihak berkuasa melakukan siasatan mendalam mengenai kejadian itu kerana ia melibatkan keselamatan awam.

‘‘Saya mahu perkara ini disiasat dengan lebih telus oleh mereka yang bertanggungjawab dan berharap ia tidak akan berulang lagi pada masa akan datang,’’ ujarnya.

Sebelum ini, pada 6 Oktober lepas beribu-ribu pengguna Putra-LRT di ibu kota cemas apabila perkhidmatan transit aliran ringan itu tergendala disebabkan sebuah tren terkandas di Hentian Damai selama beberapa jam akibat kerosakan teknikal.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (Rapid KL), Katherine Chew ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, pihaknya kini menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

‘‘Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai kejadian itu sama ada disebabkan kecuaian pemandu atau kerosakan teknikal.

‘‘Tunggulah sehingga jurutera kami selesai menyiasat perkara ini, baru kami akan maklumkan punca kejadian,’’ ujarnya.

Bagaimanapun, jelasnya, semua laluan ke stesen STAR-LRT lain berjalan lancar seperti biasa kecuali Stesen Sentul yang terpaksa ditutup selama 20 minit untuk penyelenggaraan dan siasatan.

Sejak STAR-LRT dilancarkan pada tahun 1998, dianggarkan sebanyak 120,000 pengguna menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu setiap hari di Kuala Lumpur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.